BTC USD 85,009.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mimpi Bertemu Rasulullah S.A.W.

nyatenauh

Fun Poster
Messages
530
Joined
Feb 20, 2010
Messages
530
Reaction score
193
Points
23
Mimpi menurut hadis & al-Quran
http://www.youtube.com/watch?v=MQzzilM23gc

http://www.youtube.com/watch?v=OCwmbMlVykA

Bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah mimpi itu pada dasarnya terdapat 3 jenis sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” [Hadis riwayat Imam Muslim] Mimpi daripada syaitan dan mainan jiwa sememangnya tiada memberi sebarang erti, namun bagi mimpi yang berbentuk khabar gembira daripada Allah s.w.t., ia merupakan mimpi yang benar dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Nabi s.a.w. bersabda: “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita-berita yang menggembirakan).” Para sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi s.a.w.: “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang yang soleh.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari] Ada yang menjadikan hadis ini sebagai bukti bahawa mimpi guru-guru atau syaikh-syaikh mereka boleh dijadikan dalil dalam membawa ajaran-ajaran yang baru. Namun sebenarnya al-Mubasysyiraat hanyalah mimpi yang berbentuk khabar-khabar gembira atau berita-berita amaran yang boleh membantu orang Islam memantapkan keimanan mereka. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum-hukum yang baru kerana segala ajaran tentang Islam ini telah sempurna sebelum Rasulullah s.a.w. wafat.

Allah S.W.T telah memerintahkan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan apa yang telah diwahyukan kepadanya terhadap seluruh umat manusia. Frman-Nya: “Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), bermakna engkau tidak menyampaikan perutusan-Nya; dan Allah jualah yang akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” [al-Maaidah (5) : 67]

Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang maksum (terpelihara dari melakukan kesilapan) pasti telah melaksanakan perintah Allah tersebut. Sebelum baginda diwafatkan, Allah S.W.T tentu telah menyempurnakan agama Islam sehingga tidak lagi memerlukan apa-apa bentuk penambahan menerusi mimpi-mimpi. Menurut Abu Dzar al-Ghifari r.a: “Rasulullah s.a.w meninggalkan kami dan tidak ada seekor burung yang mengepakkan kedua sayapnya di udara melainkan baginda menyebutkan kepada kami ilmu tentangnya. Dia berkata: Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak tertinggal sesuatupun yang dapat mendekatkan seorang hamba kepada syurga dan menjauhkannya dari neraka melainkan aku telah jelaskan kepada kamu semua.” [Hadis sahih riwayat al-Tabrani]

Mimpi yang benar ini kebiasaannya terjadi kepada orang soleh yang taat kepada sunnah Nabi namun adakalanya manusia yang biasa juga turut mengalaminya. Mimpi yang benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-hamba-Nya dengan memberi gambaran tentang perkara-perakara baik yang bakal berlaku. Mimpi yang benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi yang benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hamba-hambanya tentang perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat. Inilah lapangan skop mimpi yang benar dan ianya tidak lebih dari itu. Ia bukanlah hujah syarak mahupun dalil-dalil yang boleh dipergunakan untuk membentuk fahaman yang baru sebagaimana yang difahami sesetengah pihak. Kandungan mimpi yang benar tidak akan bertentangan dengan ajaran yang terdapat di dalam al-Qur’an dan Sunnah bahkan ia berfungsi sebagai memperjelaskan atau memperingatkan seseorang tentang ajaran yang terkandung di dalam al-Qur’an mahupun Sunnah.

Mimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. juga merupakan sebahagian dari al-Mubasysyiraat (berita-berita yang menggembirakan) yang terjadi kepada sesetengah manusia yang beruntung. Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sesungguhnya dia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku. Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja maka dia telah mengambil tempat duduk dallam neraka.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami seseorang itu hanya dianggap telah benar-benar bertemu Rasulullah s.a.w. di dalam mimpi sekiranya paras rupa Rasulullah yang ditemuinya itu sesuai dengan sebagaimana yang telah digambarkan di dalam hadis-hadis yang sahih. Sekiranya paras rupa Rasulullah yang dilihatnya dalam mimipi tersebut tidak selari dengan hadis-hadis maka berkemungkinan besar orang yang bermimpi itu telah diperdaya oleh syaitan yang menyerupai seseorang yang lain tetapi mengaku sebagai Nabi kerana syaitan hanya tidak boleh menyerupai paras rupa nabi yang sebenar. Telah amalan umat Islam terdahulu (generasi salaf) apabila seseorang mengaku bertemu Nabi, dia dikehendaki untuk memberikan gambaran paras rupanya dalam mimpi itu. Ibnu Sirin r.h umpamanya akan bertanya kepada seseorang yang mengaku bertemu Nabi s.a.w. dalam mimpi: “Ceritakan kepadaku apa yang anda lihat.” Sekiranya diceritakan kepada beliau sifat-sifat Rasulullah s.a.w. yang tidak diketahuinya, beliau akan menegaskan: “Anda sebenarnya tidak bermimpi bertemu dengan baginda s.a.w.”

Seterusnya kandungan mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. itu tetap perlu dipertimbangkan dengan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabya Mauqiful Islam Minal Ilham wal Kasyaf wa Ra’yu waminat-Tama’im wal Kahanah war-Ruqaa’: “Seseorang yang bermimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. dalam tidurnya, lalu Nabi menyuruh atau melarangnya dari melakukan sesuatu, atau menzahirkan kecintaan kepada sesuatu atau kepada peribadi atau kepada kumpulan tertentu atau menunjukkan kemurkaan dan kebenciannya kepada seseorang atau jemaah atau sesuatu pendirian atau amalan, semuanya ini tidak boleh diambil kira dan tidak mensabitkan sebarang hukum syarak baik hukum wajib, sunat haram, makruh dan juga harus atau memberikan ketuanan, pembebasan mahupun permusuhan. Semuanya perlu dibentangkan terlebih dahulu kepada syari’at yang sabit lagi maksum. Jika bertepatan ia boleh diterima tetapi jika sebaliknya yang menjadi hujah tetap syari’at. Mimpi hanya untuk menggembirakan atau menjinak-jinakkan hati sahaja.”

Tambah Dr Yusuf Qaradhawi lagi : “Perkara yang hanya dipertanggungjawabkan (taklif) oleh Allah supaya kita meyakini dan beramal dengannya ialah sesuatu yang diwahyukan kepada Rasul-Nya semasa hayat Rasul tersebut, bukan berdasarkan kepada apa yang dibawa oleh mimpi di dalam tidur setelah kewafatannya.”

Seringkali kedengaran ada kelompok tertentu yang mendakwa bahawa ajaran yang terdapat di dalam tarekat mereka ini di ambil oleh Syaikh mereka daripada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedar atau terjaga. Mereka mendakwa bahawa ajaran-ajaran tersebut walaupun berbeza dengan apa yang terkandung di dalam al-Qur’an atau sunnah, bercanggah pula dengan pendapat para ulamak fekah mahupun hadis tetap boleh diamalkan kerana ianya diterima secara terus daripada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedar. Mereka berhujah dengan sebuah riwayat yang mana Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang melihatku dalam mimpi, maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga dan syaitan tidak mampu menyerupaiku.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]

Walaupun hadis ini sahih namun tafsiran mereka terhadapnya tidak benar. Rasulullah s.a.w. telah wafat sebagaimana manusia yang lain. Firman Allah S.W.T.: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula) Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantah di hadapan Tuhanmu. [al-Zumar (39) : 30-31] Baginda hanya akan dibangkitkan semula di alam akhirat setelah terjadinya kiamat. Maka tiada nas yang menunjukkan bahawa baginda boleh bangkit di dunia dan boleh bertemu dengan seseorang secara fizikal dan mengajar mereka ajaran-ajaran tentang Islam. Tiada suatu riwayat pun yang menunjukkan para sahabat Nabi pernah berjumpa baginda dalam keadaan sedar setelah baginda wafat sedangkan merekalah yang paling rapat dengan baginda, paling warak dan tawaduk.

Al-Hafiz Ibnu Hajar r.h juga menempelak dakwaan golongan yang mengaku bertemu dengan Rasulullah dalam keadaan sedar menerusi kitabnya Fathul Baari. Menurut beliau: “Hal ini begitu aneh. Jika dimaksudkan (pertemuan tersebut) secara zahir maka mereka (yang mendakwa bertemu Nabi secara sedar) itu boleh dianggap sahabat Nabi, sedangkan tidak mungkin sahabat Nabi itu akan ada terus menerus sehingga hari kiamat.”

Tentang maksud sebenar maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga maka Imam al-Nawawi r.h telah memberikan tiga pendapat:

Pertama, ia berkaitan dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. Oleh tu sesiapa yang bermimpi bertemu dengan Nabi sedangkan dia belum berhijrah maka Allah akan memberi taufik kepadanya untuk berhijrah dan bertemu dengan Nabi secara zahir.

Kedua, dia akan melihat kenyataan mimpinya tersebut dalam keadaan terjaga pada hari kiamat, kerana semua umat baginda akan melihatnya pada hari kiamat.

Ketiga, dia akan melihat Nabi s.a.w. pada hari akhirat secara khusus dalam keadaan dekat dan mendapat syafaat daripadanya atau yang semisalnya.

Sewajarnya kita memahami bahawa Allah S.W.T. tidak membebankan seseorang itu dengan apa yang terjadi ketika mimpi. Nabi s.a.w. bersabda: “Catatan amal diangkat dari tiga orang, anak kecil hingga baligh, orang tidur hingga terbangun dan dari orang gila hingga sedar” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud] Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa ketika tidur seseorang itu terlepas dari sebarang tanggungjawab, maka bukanlah suatu kemestian bagi seseorang itu untuk melaksanakan apa sahaja yang dilihatnya ketika bermimpi melainkan ianya sesuai dengan tuntunan syarak.

Allah S.W.T telah menyempurnakan syariat agama Islam dengan penurunan wahyu kepada Nabi s.a.w. semasa hayat baginda. Kesempurnaan syariat agama Islam ini diakui sendiri oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redha Islam menjadi agama kamu.” [al-Maaidah (5) : 3] Sempurna dalam ayat ini bererti ianya telah lengkap. Sekiranya agama telah sempurna, mengapa kita masih memerlukan mimpi untuk dijadikan perantaraan bagi menerima amalan-amalan baru yang tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah dan para salafussoleh (ulama terdahulu)? Justeru, mereka yang mendakwa sesuatu ajaran baru itu masih boleh diterima menerusi mimpi hanya mencerminkan gambaran pemikiran mereka yang menganggap Islam ini belum sempurna sehingga memerlukan ritual-ritual baru. Sungguh rosak pemikiran sedemikan rupa.
 
Hampir setiap malam aku bermimpi.
Semuanya mainan tidur aku sahaja.
Bertuahlah umat Muhammad s.a.w yang bermimpi berjumpa Rasulullah.
Semuanya sebagai cermin hidupnya sementara menuju alam Akhirat.
 
Cuma kena ingat...bukan senang nak mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW...yang terpilih je...huhuhu...:(
 
alangkah beruntung sapa yg dipilih Allah utk jmpe kekasihNya..selawat ke atas nabi..
 
Salam,

Saya pernah terbaca kenyataan Prof. MAZA lebih kurang camni seingat saya ayatnya:

" Bagaimana anda tahu anda bermimpi berjumpa Rasulullah, memang Syaitan TIDAK BOLEH menyerupai baginda, namun bagaimana jika syaitan menyamar menyerupai seseorang (tubuh manusia lain) lalu mengaku dialah nabi, sebabnya anda yang bermimpi tidak pernah mengenali wajah nabi yang sebenarnya "

Mungkin boleh kita renungkan tentang perkara ini.... :-? :-? :-?
 
...dan renungkanlah sabda Rasulullah SAW kekasih Allah berbanding kenyataan Prof. Maza(mungkin dia prof. tahu segala2nya.istigfar...)
 
...dan renungkanlah sabda Rasulullah SAW kekasih Allah berbanding kenyataan Prof. Maza(mungkin dia prof. tahu segala2nya.istigfar...)

Kenyataan Dr. Maza tersebut adalah umum, bukan ditujukan kepada mana2 individu dan beliau mengambil contoh beberapa orang yg pernah mendakwa bermimpi nabi..... kenyataan penuh beliau;

Mimpi Nabi

Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia. Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi.

Jika kita masih ingat bagaimana pengasas ajaran al-Arqam semasa masih hidup membuat pelbagai dakwaan. Ketika itu ada imam masjid tertentu mendakwa bahawa dia berjumpa Nabi s.a.w dalam mimpinya membenarkan ajaran Ashaari Muhammad. Ramai yang terpengaruh dengan mimpi tersebut.

Itu bukan kali pertama, bahkan sudah puluhan kisah setiap kali ada yang mendakwa menjadi Mahdi, ada sahaja orang yang bermimpi berjumpa Nabi s.a.w dan mengakuinya. Ini termasuk kisah Mahdi di Sudan yang jauh lebih berjaya dari Ashaari Arqam. Ada pula yang mengeluarkan dalil bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:

“Sesiapa yang melihatku dalam tidur sesungguhnya dia benar-benar melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku” (Riwayat Muslim).

Ya, syaitan memang tidak boleh menyerupai Nabi s.a.w, namun syaitan boleh menyerupai orang lain dan seseorang yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w menyangka itu Nabi s.a.w. Tipuan syaitan sangat licik.

Dalam kitab Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, dinukilkan apa yang disebut oleh tabi’in agung lagi pakar mimpi dalam sejarah Islam, al-Imam Muhammad bin Sirin (meninggal 110H) menafsirkan hadis ini bahawa ia bermaksud ‘jika seseorang melihat Nabi s.a.w dalam rupanya yang asal’. Ertinya dia mesti mengenali hakikat rupa Nabi s.a.w.

Apabila ada orang mendakwa bahawa dia melihat Nabi s.a.w, Muhammad bin Sirin meminta supaya dia menceritakan ciri-ciri Nabi s.a.w yang dia lihat dalam mimpinya. Apabila dia menceritakannya, beliau menjawab: ‘engkau tidak melihatnya’. Ibn ‘Abbas juga menyelidiki seseorang yang mendakwa bahawa dia bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. Beliau bertanya sifatnya, orang itu menjawab seperti Saidina Hasan bin ‘Ali. Ibn ‘Abbas mengakuinya.

Itu jika orang tersebut tidak berbohong. Namun, bagaimana pula jika dia berbohong tentang apa yang dilihatnya?. Maka mimpi tidak boleh menjadi hujah dalam agama ini. Ia boleh menjadi isyarat untuk urusan peribadi seseorang, namun bukan syariat yang diamalkan.

Saya masih ingat kisah Presiden sebuah negara ‘bernama agama’ yang menceritakan beliau dilindungi cahaya suci seperti para imam mazhabnya ketika berada di PBB. Demikian juga saya masih ingat semasa Gulf War yang pertama, ketika itu saya belajar di Jordan. Sokongan rakyat Jordan kepada Saddam Hussain begitu kuat. Ramai juga tokoh agama yang membaca hadis-hadis Nabi s.a.w dan menyatakan bahawa Saddam Hussain itu penyelamat umat yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w.

Saya masih ingat guru-guru hadis yang saya hadiri kuliah mereka membantah penyalahgunaan hadis tersebut. Baru-baru ini pun ada tokoh agama dalam parti politik tanahair yang mendakwa pemimpinnya sebagai lelaki yang dijanjikan Nabi s.a.w untuk membebaskan al-Aqsa. Demikianlah agama menjadi mainan mereka yang berkepentingan.

Sebab itu, agama mesti bebas dari ini semua. Semua kita wajar bimbang terhadap diri sendiri dan juga umat ini dengan amaran Nabi s.a.w:

“Apa yang paling aku takut terhadap kamu ialah orang munafik yang petah lidahnya” (Riwayat Ahmad, sahih).

Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dia dipecat ialah membela Islam, melayu dan raja. Sedangkan melayu tidak semestinya selari dengan Islam, demikian juga raja. Jika Islam itu diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat.

Namun, apabila Islam dipergunakan, bahasa Islam dinodai untuk tujuan tersendiri, hanya satu bangsa diperjuangkan dan raja sahaja yang dibela. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita? Demikian agama sering menjadi mangsa.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Sumber : Pusat Islam
 
من كذّب عليّ متعمّداً فليتبوّأ مقعده من النار
“ Barang siapa yang sengaja berbohong/berdusta terhadapku (haditsku) maka siapkanlah tempat duduknya dari api neraka”.
(Hadis shahih: Tirmidzi dengan Sanad Shahih)

Sunnah berarti hadits, yaitu wahyu Allah selain al-Qur`an. Rasulullah bersabda:
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةِ رَسُوْلِهِ

“Aku tinggalkan ditengah-tengah kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, yaitu: kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.” (HR. Malik dan Hakim dishasihkan al-Albani)

Sunnah berarti agama yang ada pada Nabi e yang meliputi ilmu, amal dan petunjuk yang dibawa oleh Nabi . Sunnah disini berarti al-Qur`an dan al-hadits. Rasulullah bersabda:
(( فَمَنْ رَغِمَ عَنْ سُنَّتِىْ فَلَيْسَ مِنِّيْ ))

“Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku maka dia bukan golonganku.” (HR. Bukhari)

(( وَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّتِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ مِنْ بَعْدِي عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ... ))

“Sesungguhnya barangsiapa diantara kamu hidup sesudahku maka ia akan menyaksikan perselisihan yang banyak, maka kamu wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa` Rasyidun sesudahku, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham.” (Hr. Ahmad,Ibn Abi Ashim, Baihaqi, Shahih)

Imam Makhul (w. 113 H) berkata; “Sunnah itu ada dua; yang satu mengambilnya adalah fardhu dan meninggalkannya adalah kufur. Yang kedua adalah sunnah yang apabila diambil itu adalah fadhilah dan bila ditinggalkan dan diganti dengan lainnya adalah dosa.”(Riwayat ad-Darimi)

Sunnah adalah ajaran Rasul, berhadap-hadapan dengan bid’ah. Nabi bersabda:

(( مَا اَحْدَثَ قَوْمٌ بِدْعَةً إِلاَّ رُفٍعَ مِثْلُهَا مِنَ السُّنَّةِ ))

“Tidak ada suatu kaum yang menciptakan bid’ah melainkan diangkatlah sunnah yang sepertinya.” (HR. Ahmad, dihasankan oleh ibn Hajar dan didhaifkan oleh al-Albani). Telah diriwayatkan seperti hadits diatas atsar dari Ibn Abbas, Hassan Ibn Athiyyah (120 H) dan Abu Idris al-Khaulani (8-80 H) (Abu Hamzah al-Sanuwi, al-Bid’ah wa Atsaruha al-Sayyi’ fi al-Ummah, hal 137)
 
Tak Nampak Pun Kenyataan Dr. MAZA kat atas tu tolak yg disebut "Hadis/Sunnah Nabi"....... :-? :-? :-? jadi ianya bukan isunya....... :)
 
Back
Top
Log in Register