BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Perlihat Rekaan Konsep Microsoft Office Serba Baharu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,583
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,583
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft Office adalah pakej perisian membuat pelbagai dokumen, pembentangan, helaian lejar dan banyak lagi. Ia boleh dikatakan perisian paling popular digunakan pada pelbagai platform. Tahun demi tahun, Microsoft kerap membuat perubahan rekaan antaramuka agar selari dengan trend terkini dan memudahkan pengguna.

Tetapi satu sahaja yang sehingga hari ini kekal, iaitu antaramuka riben mereka atau digelar sebagai Ribbon UI. Terkini, Microsoft telah memperlihatkan konsep rekaan Fluent Design baru bagi perisian Microsoft Office untuk komputer dan peranti mudah alih. Perubahan paling besar adalah kemampuan mengubah lokasi toolbar mengikut citarasa dan keselesaan pengguna.

Melalui perubahan ini, pengguna turut boleh lebih fokus kepada kerja dan mempunyai lebih banyak ruang untuk bekerja. Selain daripada fokus, rekaan baru ini juga akan memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja pada mana-mana platform dengan lebih selesa. Ribbon UI yang digunakan sejak 2007 ini akhirnya melalui perubahan drastik.

Menurut Jon Friedman, selaku naib pengerusi bahahian rekaan dan penyelidikan – perubahan ini akan berlaku dalam tempoh satu hingga dua tahun dan tidak pasti lagi platform mana akan melalui perubahan ini. Buat masa ini, Microsoft masih lagi dalam proses proses kajian untuk mengenalpasti perubahan bagaimana yang paling sesuai.

Microsoft-Office-365-Fluent-Design-Baru-01.jpg


Microsoft-Office-365-Fluent-Design-Baru-02.jpg




Sumber asal https://www.theverge.com/2020/7/21/...future-ui-design-ribbon-command-bar-interface
Sumber tambahan https://medium.com/microsoft-design/m365future-815cf30a8be
 
Back
Top
Log in Register