BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Lancar DirectStorage Untuk PC, 'Loading' Game Kini Lebih Pantas

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
DirectStorage-API.jpeg



Microsoft sebelum ini pernah mengumumkan bahawa salah satu ciri yang wujud pada konsol Xbox Series X bakal ditawarkan buat PC.

Fungsi yang dimaksudkan itu ialah DirectStorage API yang mana ia akan memberikan pengalaman bermain di PC sama hebat seperti di konsol generasi terkini.


Melaluinya, perkakas PC seperti kad grafik serta storan NVMe SSD bakal mendapat manfaat kerana ia telah dioptimumkan. Secara ringkasnya, fungsi yang ditawarkan dalam Xbox Series X itu akan memberikan masa loading permainan video jauh lebih pantas.

PS5-and-Xbox-Series-X-.jpg


Bagi anda yang menggunakan konsol seperti Xbox Series X dan PS5, anda sendiri tahu betapa pantasnya permainan dimuatkan (loading).

Menurut Microsoft, DirectStorage ini juga disokong sistem perisian Windows 10 meskipun mereka tetap menyarankan bahawa Windows 11 adalah yang terbaik dalam gaming.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register