izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,374
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,374
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
NEWARK, New Jersey 11 Jun - Sebuah syarikat penganjur konsert memfailkan saman berjumlah AS$40 juta (RM140 juta) terhadap penghibur Michael Jackson kerana didakwa melanggar kontrak untuk mengadakan satu konsert reunion bersama ahli keluarganya yang lain.
Dalam satu tuntutan mahkamah yang difailkan semalam di sebuah Mahkamah Persekutuan di Manhattan, syarikat AllGood Entertainment mendakwa, pihaknya telah menjalankan satu urus janji dengan pengurus Jackson ketika itu untuk mengadakan satu konsert reunion dengan ahli keluarga bintang tersebut pada musim panas akan datang.
Berdasarkan urus janji itu, Jackson tidak boleh membuat apa-apa persembahan sebelum konsert tersebut atau sekurang-kurangnya tiga bulan selepas konsert.
Menurut tuntutan mahkamah, Jackson, pengurusnya Frank DiLeo dan penganjur konsert, AEG, telah melanggar kontrak itu dengan menandatangani satu kontrak lain untuk mengadakan siri konsert di London, juga pada musim panas.
Tuntutan mahkamah itu juga menyebut, AEG tahu mengenai perjanjian antara AllGood, Dileo dan Jackson, namun disebabkan 'penguasaan dan kehebatan mereka dalam industri persembahan secara langsung, AEG memaksa atau memujuk Dileo dan Jackson supaya tidak menghiraukan perjanjian dengan AllGood dan sebaliknya berkerja dengan mereka'.
''Kami telah memberi Jackson dan AEG banyak peluang, sama ada secara terbuka atau tertutup bagi menyelesaikan masalah ini dan sehingga hari ini kami masih belum mendapat respons daripada sesiapa,'' kata rakan pengurus AllGood, Patrick Allocco.
Peguam Allocco, Ira Meyerowitz berkata, syarikat tersebut tidak akan meminta Jackson menghentikan persembahannya.
''Apa yang kami mahu adalah penglibatan anak guam kami dalam konsert di London atau ganti rugi untuk perjanjian yang telah dijalankan,'' ujarnya. - AP