kira nasib la jika jumpa minyak...tapi ikut akta minyak tu hak milik petronas walaupun atas tanah kita..boleh la jadi kaya juga jadi share partner...jika sebelah Kelantan mereka jumpa gas etanol..terus pasang paip dalam tanah masuk kedapur..seumur hidup tak perlu beli gas masak..
KHADIJAH Ismail, 60, (kiri)
mengacau bubur yang
dimasak menggunakan api
daripada gas yang
terkeluar ketika
menggerudi perigi tiub
untuk mencari sumber
air di Kampung Sipol,
Pasir Mas, Kelantan,
semalam.
Md Yusof berkata, sebelum menemui gas itu, mereka pelik kerana gagal mengesan sumber air bawah tanah di kawasan berkenaan walaupun sudah menggerudi sedalam kira-kira 18 meter selama tiga hari.
Bagaimanapun, Sabtu lalu, tanah yang mereka gerudi tiba-tiba keluar gas seolah-olah ada tekanan kuat dari bawah.
“Ketika itu, kami terhidu bau gas lalu menyalakannya dengan pemetik api. Melihat api marak, saya mengesyaki ada gas keluar dari bawah tanah,” katanya semalam.
Md Yusof berkata, mereka kemudian menghentikan menggerudi telaga tiub dan membina saluran paip bagi membolehkan gas itu dimanfaatkan untuk keluarga Mat Seman.
Saluran paip PVC bergaris pusat 120 milimeter (mm) dipasang pada muncung kecil 10mm sebelum disambungkan ke saluran paip sejauh 10 meter ke dapur khas yang dibina di depan rumah Mat Seman.
Ketika tinjauan Berita Harian semalam, Mat Seman bersama keluarga serta penduduk kampung bergotong-royong memasak bubur nasi menggunakan api daripada gas itu.
Mat Seman berkata, dia tidak menyangka dapat menemui sumber gas dari telaga tiub yang cuba digalinya dan menyifatkan perkara itu sebagai rezeki, terutama ketika harga bahan api itu kini meningkat.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Sumber Mineral), Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan, Che Mohd Hussin Jamaluddin, percaya gas yang ditemui penduduk adalah biogas yang terbentuk dalam tanah.
Katanya, gas itu mudah terbakar kerana terbentuk daripada reputan benda hidup dan bahan buangan dalam tanah. Pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut kerana setakat ini berita penemuan itu hanya dimaklumkan oleh wakil media.