aca176
Active+ Member
- Messages
- 4,820
- Joined
- Mar 1, 2009
- Messages
- 4,820
- Reaction score
- 108
- Points
- 43
ROH UMMAH SUDAH TERCABUT!!
Dahulu kita sangat bangga dengan pencapaian umat islam. Mana tidaknya, 2/3 dunia pernah kita takhluki. Zaman kegemilangan islam melahirkan para cendiakawan, agamawan dan masyarakat yang berilmu. Orang bukan islam sangat tertarik dengan layanan baik yang diberikan oleh pemerintah dan masyarakat islam. Tetapi kini sudah berubah.
Umat islam tidak seperti sejarahnya. Mereka lebih cintakan dunia daripada menjejaki syurga. Mereka memakai tudung tetapi seolah-olah bertelanjang bulat. Mereka berkahwin dan beranak pinak tetapi keturunan mereka dibenci oleh Allah. Mereka menjadi ketua dalam keluarga tetapi tidak pernah menegur dan saling memperingati ahli keluarganya.
Bagaimana orang bukan islam hendak tertarik? Mereka keliru. Islam agama yang sempurna. Mengapa tidak umatnya?
Penganut agama islam adalah cerminan kepada agamanya. Jika akhlak, ibadah dan penghayatan islamnya hilang jadi ada apa dengan kalimah syahadahnya? Ada apa dengan puasanya? Hari rayanya? Sekadar sambut-sambutan untuk menzahirkan syahadahnya yang semakin goyah.
ROH UMMAH SUDAH TERCABUT
Umat islam sudah kehilangan roh yang sempurna. Apakah roh umat islam? IslamLah roh mereka. Islamlah kekuatan mereka. Roh mereka tidak sempurna jika islam mereka tidak sempurna. Roh yang sempurna dapat dihasilkan dengan mengambil islam secara keseluruhan seperti firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 208 “ wahai orang-orang yang beriman , masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN…”
Kesempurnaan roh akan memberikan kekuatan yang luar biasa kepada pemiliknya. Pemiliknya akan mampu menghadapi segala mehnah dan tribulasi tanpa masalah. Cabaran iman pada abad moden ini begitu sadis dalam erti kata lain propaganda untuk memurtadkan umat berlaku secara halus dan perlahan-lahan tanpa sedar.
Iman mereka saban hari saban terhakis!
Seperti mana sahabat Rasulullah SAW dahulu, mereka tidak pernah merasa lemah di hadapan manusia dan mereka mampu menguasai dunia, islamlah yang telah memuliakan mereka di hadapan manusia kerana mereka yakin segala sesuatu yang wujud adalah datangnya dari Allah SWT. Setiap cabaran dan rintangan yang mereka hadapi adalah merupakan ujian dari Allah yang akan menambahkan iman mereka. Mematangkan mereka dan menambahkan pengertian mereka tentang hakikat kehidupan yang sebenar.
Zaman seperti sahabat Rasulullah SAW pasti akan kembali semula. Kebangkitan islam pada akhir zaman adalah janji Allah. Namun, persoalannya siapakah umat islam itu?
Adakah kita akan menjadi perintis dalam pergerakan revolusi tersebut? Ataupun kita hanya menjadi penonton sahaja? Renung-renungkan.