BTC USD 81,888.3 Gold USD 4,145.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menggeletar jumpa mayat berasap

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MUAR: Dua remaja menggeletar lutut ketika cuba merakam gambar mayat yang masih berasap di laluan ke jeti rekreasi kawasan bakau Taman Tanjung Ketapang di sini kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Mayat lelaki warga emas dikenali sebagai Ho Kit Swee, 59, berasal dari Jalan Maju, Taman Tebrau Jaya, Johor Bahru ditemui rentung menghadap Sungai Muar dengan di sisinya kacang bertaburan manakala jarum jam tangan terhenti pada jam 10.15.

Dua remaja yang menemui mayat itu, Mohd Shaffiq Malek, 17, dan rakannya, Mohd Zulhaziq Mohd Saharuddin, berkata mereka berjoging di kawasan berkenaan apabila terserempak satu lembaga yang masih berasap.

Mohd Shaffiq berkata, mereka sering berjoging di kawasan itu untuk menikmati pemandangan paya bakau dan monyet yang banyak berkeliaran, namun semalam, langsung tiada kelibat haiwan berkenaan.

Katanya, apabila tiba berhampiran lokasi mayat itu, mereka nampak lembaga yang pada mulanya disangkakan patung.

Menurutnya, apabila ditinjau dekat, dia dan Zulhaziq menggeletar lutut melihat mayat itu masih berasap dengan bau yang meloyakan.

“Dalam keadaan menggigil, saya mengambil gambar dan pada masa sama Zulhaziq turut menggeletar hinggakan mendail nombor telefon bapanya pun tidak cukup angka.

“Saya terus menghubungi keluarga sebelum diarahkan ke Balai Polis Muar untuk membuat laporan berhubung penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Katanya, sebaik tiba di balai mereka menunjukkan gambar diambil dan membuat laporan penemuan mayat berkenaan.

“Ini kali pertama melihat mayat yang pada mulanya disangka anak patung. Biasanya hanya tengok kes sedemikian dalam siri drama CSI di televisyen.

“Terkejut, tetapi bernasib baik dapat mengawal diri dan membuat laporan mengenai penemuan mayat itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata mayat yang ditemui itu rentung hampir 80 peratus.

Katanya, siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah daerah diketuai Deputi Superintendan Khoo Leng Huat dibantu Unit Forensik Bukit Aman dan Pakar Patalogi dari Kuala Lumpur.

“Identiti mangsa dikenal pasti berdasarkan buku akaun bank yang disimpan dalam beg galas yang ditemui hampir terbakar di sisi mayat itu,” katanya.

Menurutnya, siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mayat rentung yang ditemui itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri dengan membakar diri.

Mayat rentung ditemui itu dihantar ke Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk bedah siasat dan ahli keluarga mangsa diminta tampil bagi membuat pengecaman dan menjalani ujian DNA.
 
gurlp.. berani lagi amik gambar.. kalo aku mau pitam kat situ
 
Bagaimanapun, beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri dengan membakar diri.
erkk... terjun bangunan lagi senang laa. adehh..
 
huh..

sy pn mau menggigil kalau jpe..

he3..
 
aku tgk eboss berasap pon gigil gak...
 
Back
Top
Log in Register