BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,376.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengaku NABI & nak bakar kaabah

susah nak cakap dalam keadaan sekarang..buat report ramai2..pihak berkuasa amik tindakan...
 
Kalau betoi kasi kutip sumbat dalam.

Kalau fake kena publish kat public dalangnya, baru kutip sumbat dalam.
 
JAIPk akan siasat lelaki mengaku nabi

329373.jpg

Paparan skrin status lelaki berkenaan yang tular selepas dia mengaku dirinya nabi

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan menjalankan siasatan mengenai kenyataan seorang lelaki di laman Facebook miliknya bahawa dirinya seorang nabi, di negeri ini.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, tindakan lelaki berkenaan mendakwa dirinya sebagai nabi dan rasul berkemungkinan kurang siuman.

"Individu yang mengaku dirinya nabi itu berkemungkinan orang gila jadi saya ingin pesan kepada orang ramai jangan ikut.

"JAIPk akan menjalankan siasatan mengenai perkara ini dengan kadar segera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini hari ini.

Sebelum ini tular paparan skrin yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna laman sosial berkenaan di dalam kumpulan Perak Ajerr mengenai individu berkenaan mendakwa dirinya nabi.

Lelaki terbaik memuat naik status dengan memaklumkan dia berjalan di dalam Arasy dan berjumpa dengan ALLAH SWT, para malaikat serta seluruh makhluk ciptaan ALLAH SWT.

Dia turut memuat naik kenyataan mengaku dirinya sebagai nabi dan rasul dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut menggesa campur tangan JAIPk untuk menyiasat lelaki ini.


https://www.sinarharian.com.my/article/29965/EDISI/Perak/JAIPk-akan-siasat-lelaki-mengaku-nabi
 
Back
Top
Log in Register