BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menangis skuter bapa kena angkut akibat tunggang tanpa lesen

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
358333-358333.jpg


Menangis skuter bapa kena angkut akibat tunggang tanpa lesen

Kuala Lumpur: Remaja berusia 14 dan 15 tahun antara ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Pelbagai di ibu negara, awal pagi tadi.

Antara kesalahan paling banyak dikesan ialah penggunaan ekzos bising, tiada brek depan atau belakang, tiada lesen sah, malah ada juga yang sanggup menempah maut dengan menunggang melawan arus bagi mengelak ditahan.

Difahamkan, ada antara penunggang motosikal terbabit menghabiskan wang mencecah RM18,000 hanya untuk modifikasi motosikal jenis Yamaha Y15 atau dikenali umum sebagai 'Ysuku'.

Wartawan yang mengikuti operasi mendapati rata-rata individu diperiksa terdiri daripada belia berusia awal 20-an yang turun ke ibu kota untuk bersuka ria pada malam hujung minggu.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang ditahan bersama rakannya kerana menunggang motosikal tanpa lesen menangis keresahan apabila skuter milik bapanya diangkut ke dalam lori JPJ.

Remaja itu mendakwa mereka datang dari Ampang ke ibu negara dan sedang bersiar-siar selepas selesai makan malam sebelum ditahan di sekatan jalan raya itu.

Sementara itu, lelaki berusia 25 tahun hanya mampu duduk termenung selepas Yamaha Y15 miliknya disita dua kali dalam tempoh kira-kira satu minggu.

"Saya baru dapat semula motosikal, dalam seminggu lalu pun kena sita sebab ubah suai swing arm dan lain-lain.

"Hari ini kena sita lagi, baru lepas kena itu hari, tak tahu macam mana mahu pergi kerja lepas ini," katanya ketika ditemui di lokasi.


Katanya, sebanyak 3,244 kenderaan diperiksa dan 811 saman dikeluarkan sepanjang operasi di Plaza Tol Gombak dan sekitar ibu negara itu.

Menurutnya, operasi itu dijalankan antara lain berikutan aduan awam yang diterima JPJ berhubung gangguan bunyi bising motosikal akibat kegiatan tidak berfaedah terbabit.

"Pemeriksaan dijalankan secara menyeluruh, merangkumi pematuhan spesifikasi teknikal, penggunaan nombor pendaftaran yang sah, pematuhan syarat lesen memandu, dan cukai jalan.

"Bagi operasi ini, tumpuan penguatkuasaan diberikan terhadap penunggang motosikal yang melakukan pengubahsuaian secara ekstrem.

"Turut diberi perhatian golongan bawah umur yang dikesan melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti superman, wheelie, tunggangan zig zag dan perlumbaan haram," katanya.
 
Back
Top
Log in Register