BTC USD 85,544.8 Gold USD 4,163.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Membunuh....Berdosa ker?

semut kcik2 kt dalam rumah harus dibunuh...yg bsar2 kt luar haram..
 
Kecik ke, besar ke, kalau ia tidak mengancam keselamatan kita, sehingga ke tahap mampu membunuh kita, perlukah kita bunuh? Bukankah setiap yg kita bunuh itu, ada nyawanya sendiri? Kitakah yg memberi nyawa kpdnya, sehingga kita mempunyai hak utk membunuhnya?

Ingatlah... walau nyawa seekor semut sekali pun, di akhirat kelak, ia akan menuntut nyawanya dari anda, yg telah anda cabut darinya...
icon12.gif
 
Kecik ke, besar ke, kalau ia tidak mengancam keselamatan kita, sehingga ke tahap mampu membunuh kita, perlukah kita bunuh? Bukankah setiap yg kita bunuh itu, ada nyawanya sendiri? Kitakah yg memberi nyawa kpdnya, sehingga kita mempunyai hak utk membunuhnya?

Ingatlah... walau nyawa seekor semut sekali pun, di akhirat kelak, ia akan menuntut nyawanya dari anda, yg telah anda cabut darinya...
icon12.gif

itulah pasal...hukum harus kalau memudaratkan kita
tapi kalau setakat laluan dia, pastu kita bunuh, kira berdosa la kan
 
jgn guna kekuasaan kita sewenang-wenangnya pada makhluk yg lemah.pasti ada balasannya kalau menganiaya makhluk lain
 
kopi pasta dari web....hukum bunuh semut

Membunuh Semut

Soalan:
Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan
salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang
terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam
beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang
-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam
membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?


Zaim, Jasin

Jawapan:
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat
macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum
haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu
perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan
tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada
dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti
gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah
perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah,
setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan
tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang
terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu
untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam
 
aku selalu bunuh semut ni..
rumah aku banyak semut..
lagi2 semut halus yg bau busuk tu..
 
Back
Top
Log in Register