BTC USD 81,822.1 Gold USD 4,145.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut dirempuhi kereta JPJ

rasa lum settle lagi ni...mahu bertahun ni
 
KUANTAN: Seorang peneroka maut selepas tercampak kira-kira 50 meter apabila motosikal ditungganginya dirempuh kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang ketika sedang mengejar seorang suspek pesalah jalan raya di Kilometer 10, Jalan Sungai Lembing, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Azizan Mat Isa, 43, dari Felda Bukit Sagu di sini, disahkan meninggal dunia selepas kira-kira lapan jam dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, akibat cedera parah di kepala.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.49 malam di hospital berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Sungai Lembing membelok ke kanan jalan dan memasuki Jalan Sultan Ahmad Shah sebaik lampu isyarat bertukar hijau sebelum dirempuh Proton Waja JPJ yang datang dari arah pusat bandar menghala Sungai Lembing.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Mutakhir/20080607090547/Article

siapa nak jawab pada isteri dan anak2 mangsa ? :-?

hukuman ke atas peronda JPJ ni mohonlah dikurangkan
mengingat mereka dalam tugas negara
tapi
kena hukum gak

dan kepada JPJ
lu kena bertanggung jawab pada anak istri si mati.
sebab orang yang biasa memberi nafkah mereka dan maut sebab kecuaian peronda JPJ
 
kalau kes camni cemana plak ?
sape nak bertanggungjawab ?
 
org lain yang buat kesalahan,
orang yang x bersalah menjadi mangsa...
 
Kalau semasa KES terjadi JPJ membunyikan SIREN....

bermakna PAkcik tu tak alert dengan SIREN dan boleh di tuduh tidak memberi laluan kepada pihak berkuasa...

Apapun takziah kepada keluarga mangsa
 
pergh...kalo dapat saman JPJ , total nilai saman JPJ pernah dikluarkan, perlulah dibayar kepada kluarga mangsa. leh tak kira camni??

takziah kepada kluarga mangsa..

* aku nak saman Polis leh tak??? Polis saman org yg tak pakai seatbelt tp diaorg naik kete polis tu selamba je tak pakai.. :-?
nnti aku try capture pic kalo berjaya (tp aku byk memandu, kang aku lak kena saman sbb menggunakan hp time memandu :D )

yang aku bold kan warna merah 2, aku sokong... hampehh tul derang nih...:mad: :mad: :(scam :(scam
 
ye aahh Innalillah..
harap keluarga mangsa dapat perhatian pihak JPJ..
aku doakan yg terbaik tuk keluarga mangsa.
 
betul tu dh memang ajal nk buat mcm mana.
JPJ kene la bertanggungjawap pada keluarga arwah
 
Back
Top
Log in Register