BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Maritim Perlis rampas 400kg daun ketum

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201
๐—ญ๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฅ๐— ๐Ÿณ๐Ÿฎ ๐—ฅ๐—œ๐—•๐—จ
FB_IMG_1631524408623.jpg
FB_IMG_1631524410636.jpg
FB_IMG_1631524412659.jpg

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ, ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Sebanyak 40 bungkusan plastik berwarna hitam dipercayai mengandungi daun ketum berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis pada kedudukan 0.1 batu nautika daripada barat pantai Kurung Tengar, Perlis pada jam lebih kurang 6.45 pagi, tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing berkata, rampasan dibuat berikutan pengesanan maklumat risikan berkaitan sindiket tempatan yang bergiat aktif melakukan aktiviti menyeludup keluar daun ketum ke negara jiran dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak untuk melakukan pengesanan dan serbuan menerusi Op Benteng Laut di perairan Perlis awal pagi tadi.

Semasa rondaan, anggota bot telah mengesan dua individu dalam keadaan mencurigakan baharu selesai memunggah keluar muatan plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum dari sebuah kenderaan jenis Proton Waja ke pesisir pantai dan dipercayai menunggu masa sesuai untuk diambil oleh bot bagi tujuan diseludup ke negara jiran melalui jalan laut.

Namun, sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dengan meninggalkan bungkusan plastik hitam di lokasi.

Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan 40 bungkusan plastik hitam yang mengandungi bungkusan-bungkusan kecil disyaki daun ketum dengan anggaran berat 400 kilogram bernilai RM72 ribu mengikut anggaran nilai semasa di negara Thailand iaitu RM180 bagi sekilogram daun ketum berbanding pasaran tempatan hanya sekitar RM70 sahaja.

Kesemua bungkusan plastik hitam berisi daun ketum itu telah dirampas dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut. Jika disabit kesalahan, suspek yang ditangkap boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10 ribu atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya.

Hasil siasatan juga mendapati, modus operandi penyeludupan keluar daun ketum ke negara jiran yang dilakukan suspek adalah sama seperti sebelum ini, iaitu menggunakan bot fiber enjin sangkut menuju ke sempadan Thailand untuk dipindah ke bot-bot nelayan Thailand di sempadan perairan Malaysia-Thailand.

Di samping itu, sindiket juga dipercayai telah memaklumkan kepada bot yang akan mengambil daun ketum tersebut akan kehadiran penguat kuasa di lokasi kejadian. Sindiket juga dipercayai sentiasa memantau pergerakan bot-bot penguat kuasa yang sentiasa melakukan rondaan ketat di kawasan sempadan negara.

Maritim Malaysia percaya ini adalah jenayah terancang dengan dilakukan oleh sindiket sama yang pernah diserbu dan dirampas sebelum ini.

Untuk rekod, ini adalah rampasan kesebelas membabitkan daun ketum pada tahun ini bagi Zon Maritim Kuala Perlis dengan jumlah berat keseluruhan 5,155 kilogram bernilai RM944,900.00.

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.

KOMANDER MARITIM MOHD SHAFIE BIN HAJI PAING
PENGARAH ZON MARITIM KUALA PERLIS
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

#WeTakeItSeriously
#MaritimMalaysia
#MaritimeNation
#MalaysiaCoastGuard
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
N#FightTogether
#KitaJagaKit
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#KDN_TogetherWeAreOne
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut. Jika disabit kesalahan, suspek yang ditangkap boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10 ribu atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya.

ringan hukuman
 
Back
Top
Log in Register