Nabi Adam A.S Confirm Manusia Pertama
salam..
pos ini untuk menjawab kemusykilan yang ditimbulkan melalui thread-thread berikut :
1. 'Manusia' sebelum Adam ???(part 1)
2. 'Manusia' sebelum Adam ???(part 2)
3. 'Manusia' sebelum Adam ???(last part)
Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al-Qur’an Dan Pentateuch(Torah)
KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN
Pendahuluan
Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.....
Surah al-Baqarah (2): 30
Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.
Sambungan....
KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT PENTATEUCH(TORAH)M
Pendahuluan
Kejadian manusia pertama yang dihuraikan di dalam Pentateuch adalah amat ringkas. Kebanyakan huraian terdapat di dalam Kitab Genesis iaitu di dalam chapter 1 – 2. Jika dirujuk secara teliti di dalam Kitab Genesis didapati manusia bukan ciptaan Tuhan yang pertama.
Secara umum proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis merangkumi 6 hari. Setiap hari terdapat ciptaan yang dijadikan oleh Tuhan sepertimana pada hari pertama siang mendahulu ciptaan-ciptaan yang lain. Manakala pada hari kedua Ia menciptakan air dan tumbuhan diciptakan pada hari ketiga. Selain itu matahari, bulan dan bintang turut diciptakan pada hari tersebut. Seterusnya pada hari keempat diciptakan makhluk-makhluk di daratan dan juga makhluk di lautan. Manakala pada hari kelima binatang berkepak pula dicipta sebagai makhluk di angkasa .
Maka pada hari keenam bermula penciptaan manusia sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis ( 1:26):
“ The God said, “Let Us make humankind in our image, occording to our likeness and let them have dominion over the fish of the seaand over the birds of the air and over the cattle and over all the wild animals of the earth and over every creeping things that creeps upon earth”
Penulis melihat bahawa tidak terdapat banyak ayat atau ungkapan di dalam Kitab Genesis yang menghuraikan secara terperinci berkenaan proses penciptaan manusia pertama. Didapati hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis (2 : 7). Walaubagaimanapun penulis melihat ayat tersebut dapat dibahagikan huraiannya kepada dua aspek iaitu darisegi fizikal dan spiritual. Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menumpukan perbincangan kepada dua aspek tersebut.
sambungan....
Kesimpulan
Setelah dikaji dan diteliti, penulis melihat bahawa
terdapat perbezaan yang amat ketara mengenai isi kandungan al-Qur’an dan Pentateuch berhubung dengan isu penciptaan manusia pertama ini. Pelbagai andaian telah ditemui di dalam Pentateuch dan ia berbeza dengan kupasan al-Qur’an yang lebih detail dan teratur apabila berbicara mengenai sesuatu benda. Ini membuktikan kebenaran al- Qur’an itu sebagai kalam Allah yang asli dan Pentateuch itu telah pun dirubah dan diselewengkan.
Secara keseluruhannya, penulis melihat bahawa Adam adalah manusia pertama yang diciptakan Allah dan
sememangnya terdapat makhluk lain yang mendiami alam ini sebelum Adam diutuskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
Jelasnya proses kejadian manusia merupakan antara topik yang terkandung di dalam al-Qur’an dan juga Pentateuch, cuma ia berbeza mengenai beberapa kriteria yang telah pun diselewengkan. Penulis berharap dengan penjelasan yang ringkas ini akan memberi sedikit input kepada para pembaca sebagai jalan permulaan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang persoalan penciptaan manusia ini.
rumusan TT.. 'manusia' yang dinyatakan oleh puterakota adalah makhluk lain.. kita sebagai orang islam WAJIB mengikut Al-Quran dan As-Sunnah SAHAJA. Wallahualam