BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Loke, Tok Min tumbang di Negeri Sembilan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Loke, Tok Min tumbang di Negeri Sembilan​

92c83a98378e017fbad38458a2fe93a4.jpg


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun kalah di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Anthony Loke yang merupakan Adun Chennah selama tiga penggal kalah kepada calon BN Siow Kong Choon.

Sementara, Aminuddin yang lebih mesra dipanggil sebagai Tok Min ditewaskan di DUN Linggi.

Di Chennah BN memperolehi 5,418 undi berbanding Loke hanya mendapat 4,927 undi sahaja sekaligus Siow menang dengan majoriti kurang 500 undi.

Manakala, DUN Linggi Tok Min hanya memperolehi 5,746 undi setelah 39 saluran daripada jumlah 42 saluran di DUN tersebut.

Pencabarnya, Mohd Faizal Ramli menerima 8,187 dengan majoriti 2,441 undi dalam pertarungan tiga penjuru.

Aminuddin merupakan Adun Sikamat selama empat penggal kali ini bertanding di DUN Linggi.

 
Back
Top
Log in Register