john sparrow
Active Member
- Messages
- 1,725
- Joined
- Apr 7, 2010
- Messages
- 1,725
- Reaction score
- 389
- Points
- 46
Info Khas Di Malam Aidil Adha
JARANG kita membincangkan payudara lelaki. Walaupun kebanyakan isu dan masalah mengenai payudara lebih tertumpu kepada wanita, lelaki juga harus tahu mengenai payudara mereka.
Hakikatnya, lelaki dan wanita mempunyai sepasang payudara. Bagi perempuan, payudara mereka membesar apabila mencapai akil baligh. Saiz dan tumbesaran payudara perempuan dipengaruhi baka dan keturunan masing-masing.
Payudara wanita membesar ketika hamil dan memberi susu badan. Selepas itu, apabila pundi susu tidak lagi menghasilkan susu badan, saiz payudara akan menurun.
Bagi lelaki pula, kebanyakan payudara tidak membesar. Jika ia membesar sekalipun, seseorang lelaki itu pastinya mengalami masalah obesiti.
Apabila lelaki mencapai akil baligh peringkat awal, pundi ‘adrenal’ menghasilkan sedikit hormon estrogen perempuan yang merangsang tumbesaran payudaranya. Tidak hairan jika sebilangan lelaki pada peringkat awal baligh mengalami keradangan dan tumbesaran payudara.
Fenomena ini dikenali sebagai ‘pubertal mastitis’. Apabila hormon lelaki mula aktif, lemak badan menyusut dan payudara lelaki yang kelihatan besar akan mengecil.
Bagaimanapun, untuk sebilangan lelaki, saiz payudara kekal besar dan kelihatan lebih menonjol apabila obesitinya menurun dan badan kelihatan kurus.
Apabila memakai kemeja, payudara kelihatan menonjol dan prominen. Lebih-lebih lagi jika mempunyai tompok coklat dan puting besar dan menegang. Keadaan ini dikenali sebagai ‘male boobs’ atau ‘male gynecomastia’.
Keadaan ini kekal selama-lamanya kecuali dia menjalani pembedahan plastik untuk mengecilkan payudara. Pembedahan plastik ini hanya kosmetik dan tidak memberi manfaat kecuali ‘keyakinan diri’ sebagai lelaki tulen.
Malangnya, pembedahan ini mempunyai risiko. Sebilangan lelaki mengalami bengkak dan keradangan daripada parut pembedahan yang dikenali sebagai ‘keloid’. Ini biasa berlaku pada parut kulit dada.
Selain itu, payudara yang satu ketika kelihatan besar dengan puting sensitif akan kelihatan leper selepas pembedahan.
Jika melayari beberapa laman web, anda akan temui beberapa makanan tambahan atau suplemen serta herba yang kononnya dapat membantu mengecilkan payudara lelaki. Setahu saya, tidak ada apa-apa ubat, makanan atau minyak urut dapat mengecilkan payudara lelaki.
Jika anda mahu terus membelinya untuk mencuba, jangan menyesal di kemudian hari. Produk berkenaan boleh didapati di merata tempat tetapi dengan kos tinggi. Bagaimanapun, ia tidak pernah dikaji sama ada dapat membantu mengurangkan masalah itu atau tidak.
Saya pernah mengendalikan beberapa lelaki yang mengalami masalah begini dan sebilangan mereka menerima keadaan itu, lebih- lebih lagi pasangan mereka tidak pernah mempersoalkan ‘keunikan’ itu.
Sebilangan yang lain pula mencuba membina badan sambil membengkung dada dan menurut mereka, amalan itu dapat mengurangkan saiz payudara.
Dua pesakit saya juga menjalani pembedahan kerana payudara mereka lebih besar. Ini kerana mereka pernah menggunakan hormon wanita untuk menyerikan kulit muka. Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada mereka puas hati atau tidak dengan hasil pembedahan itu.
Pada pendapat saya, ini bukan masalah kesihatan. Cuma ia mungkin menjejas keyakinan lelaki.
Selagi anda mampu menanganinya dan yakin dengan diri di samping tidak wujud masalah dengan pasangan, ia sudah memadai.

Last edited: