BTC USD 84,125.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki melayu cabar & maki TMJ

Apa dah jadi dgn manusia sekarang.
Didikan emak bapak yg sebabkan semua ni.
Kalau emak bapak sendiri yg tak beradab,mestila anak akan jadi biadab pada semua orang.
 
cakap tak serupa bikin la bro.. kalau berani apsal xtunjuk muka, mcmana org nak sahut cabaran :D
 
Lelaki hina TMJ kena ‘angkut’

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang pembantu gerai buah-buahan memuat naik video kenyataan jelik dan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram miliknya mengundang padah apabila dia dicekup malam semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 31 tahun yang masih bujang itu ditahan pada pukul 9.30 malam di rumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat dekat sini.

Menurutnya, lelaki terbabit ditahan susulan 10 laporan polis diterima berhubung video yang tular di laman sosial Facebook dan Instagram sejak semalam.

“Sepertimana sedia maklum semalam banyak sudah diviralkan ‘posting’ menerusi laman Instagram seorang individu bernama Amirul Naito, ada 12 ‘posting’ dibuat individu tersebut.

“Perkataan-perkataan yang digunakan itu amat jelik, menghina dan sebagainyalah, susulan itu 10 laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.

“Individu terbabit mempunyai rekod jenayah sebelum ini, pernah ditangkap dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, semakan juga mendapati suspek juga pernah dikenakan hukuman pada tahun 2017 dan pada 2020 atas kesalahan sama.

Jelasnya, tangkapan dilakukan dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Lelaki terbabit ditahan untuk membantu siasatan dan polis masih dalam permohonan reman,”katanya.-K! ONLINE.

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
12 Julai 2021, 1:25 pm
Video/gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa
 
Back
Top
Log in Register