BTC USD 81,750.3 Gold USD 4,021.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuota bumiputera ASM dilelong

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.6 bilion baki unit Amanah Saham Malaysia (ASM) kuota bumiputera yang tidak terjual akan dibuka untuk jualan kepada semua kaum mulai Selasa minggu depan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, jualan itu bagaimanapun akan dihadkan kepada 20,000 unit kepada setiap pemegang akaun dan kuota itu akan dijual sehingga 27 Julai ini.

"Selepas tarikh itu, pelabur boleh melanggan unit ASM ini tanpa sebarang had pelaburan maksimum dan ini bergantung kepada unit yang masih ada. Jualan ini berasaskan siapa cepat, dia dapat," katanya pada sidang media khas di sini semalam.

Menurut Hamad Kama Piah, unit berkenaan boleh dilanggan di pejabat cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Pos Malaysia bermula pukul 8 pagi sehingga 4 petang manakala jualan melalui ejen-ejen ASNB seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank akan bermula pukul 9.15 pagi sehingga operasi bank tamat

ne_02.2.jpg
 
Back
Top
Log in Register