BTC USD 81,719.4 Gold USD 4,105.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konferens Kebangkitan Khilafah 2011

‘Konferens Kebangkitan Khilafah 2011’ Dapat Sambutan Luar Jangkaan

BANGI 26 Jun - Konferens Kebangkitan Khilafah 2011 anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dan Khilafah Centre (KC) hari ini telah berjaya menarik lebih lebih kurang 800 orang peserta.

Auditorium Abu Zarim, Integrated Learning Solution (ILSAS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang hanya dapat menampung tidak lebih dari 600 tempat duduk, penuh sesak dengan orang ramai sehingga ada yang terpaksa berdiri di belakang dan juga ditangga-tangga.

Setelah tidak ada ruang kosong di dalam auditorium, pihak penganjur menyediakan layar di luar dewan bagi membolehkan lebih seratus hadhirin yang terpaksa berada di luar, menyaksikan perjalanan konferens.

Peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan profesional, pemimpin politik, badan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik, pelajar-pelajar, imam dan AJK masjid/surau, pemimpin masyarakat serta ulama hadhir pada konferens yang dianjurkan oleh HTM sempena Rajab ini, yang merupakan bulan di mana Daulah Khilafah dihancurkan lebih kurang 90 tahun yang lalu, tepatnya pada 28 Rajab 1342H.

Konferens yang sepatutnya diadakan di Dewan Bakawali, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini terpaksa dipindahkan di saat-saat akhir ke ILSAS setelah pihak UKM membatalkan tempahan secara tidak profesional dikatakan kerana tekanan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga pihak polis dari cawangan khas.

berita lanjut http://www.mykhilafah.com/aktiviti-htm/2893-konferens-kebangkitan-khilafah-2011-dapat-sambutan-luar-jangkaan
 
alhamdllah. saya dapat pergi dengan konvoi beberapa buah keta.
dewan penuh tak dan saya nak masuk. sampai bersila hadirin depan podium.
 
alhamdllah. saya dapat pergi dengan konvoi beberapa buah keta.
dewan penuh tak dan saya nak masuk. sampai bersila hadirin depan podium.

salam....

anta sampai kul berapa...?? ana sampai kat UKM bangi.. baru tahu kena pindah kat UNITEN..
 
Back
Top
Log in Register