mazri_myie
Active+ Member
- Messages
- 4,288
- Joined
- Mar 7, 2010
- Messages
- 4,288
- Reaction score
- 255
- Points
- 41
Assalamualaikum wbt..
Berikut adalah soal jawab berhubung puasa Ramadhan untuk perhatian muslimin dan muslimat warga kampus.
S. Adakah boleh seseorang itu menggantikan puasa warisnya yang ditinggalkan sewaktu hidupnya?
J. Menurut Imam Syafie RA jika seseorang mempunyai qhada puasa dan tidak mengqhadakannya semasa hidup sedangkan dia berupaya berbuat demikian, maka harus bagi warisnya memilih untuk mengeluarkan fidyah atau mengqhadakan puasa tersebut bagi pihak si mati sebagaimana di sebut dalam kitab I’anah Thalibin.
S.Bolehkah menggunakan harta pusaka peninggalan si mati untuk membayar fidyah puasa yang ditinggalkannya?
J. Sekiranya si mati meninggalkan harta pusaka, maka wajib dibayar fidyah sebagai ganti puasanya dengan menggunakan harta si mati. Tetapi jika si mati tidak mempunyai harta pusaka, maka sunat bagi waris untuk mangkhadakan puasa bagi si mati atau mengeluarkan fidyah dengan menggunakan harta waris-warisnya. Jika waris tidak menunaikan qadha puasa si mati, sedangkan si mati ada meninggalkan harta pusaka, maka haram harta pusaka tersebut dibahagi-bahagikan kepada ahli warisnya kerana masih ada tuntutan syara’ yang belum ditunaikan.