Sekumpulan pelancong melawat pusat ternakan buaya. Mereka berdiri di pelantar di tengah2 kolam. Tuan ternakan ini membuat tawaran.
"Siapa yang sanggup terjun kolam dan berenang kedaratan saya akan hadiahkan RM80,000"
Suasana bertukar senyap.
Pluppp! Tiba2 sahaja terdengar bunyi dan seorang lelaki telah terjun ke dalam kolam. Dia dikejar oleh buaya-buaya tersebut. Akan tetapi nasibnya baik. Dia berenang selaju motorbot dan akhirnya sampai ke daratan dengan selamat.
Setelah menerima hadiah duit RM80,000 di bilik hotel dia memberitahu isterinya, "Sebenarnya bukan abang sengaja terjun tadi, tapi ada orang yang tolak". Isterinya senyum dan berkata, "Sayang le yang tolak tadi, kan dah untung besar kita!!".
Pengajaran daripada cerita ini ialah, "Di sebalik kejayaan setiap lelaki, ada isteri di belakangnya yang memberi dorongan tanpa sedar". Hargailah isteri anda