BTC USD 81,378.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM sahkan ACYW135 halal

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahkan vaksin Meningococcal Quadrivalen (ACYW135) adalah halal kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur dari sumber **** atau lembu dalam penyediaannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya kepada Kosmo! menjelaskan, pelalian itu adalah untuk mencegah jangkitan meningococcal meningitis.

"Ia diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai syarat pengeluaran visa haji dan umrah,'' katanya.

Mohd. Ismail seterusnya menambah, suntikan vaksin itu boleh diperoleh di klinik kesihatan kerajaan secara percuma untuk jemaah haji melalui temu janji dan ia hanya perlu diberikan sekali dalam setiap tiga tahun.

Kenyataannya itu dikeluarkan ekoran laporan akhbar Batam Pos baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji negara tersebut kerana mengandungi enzim ****.

Ia kemudian mendorong beberapa pakar agama di negara ini meminta pihak berkuasa menyemak semua status suntikan vaksin untuk jemaah haji dan umrah kerana dikhuatiri turut menggunakan sumber haram.
 
Back
Top
Log in Register