BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kita Pun Kena Bawa Juga

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Semua petugas jentera pilihan raya Puteri Umno dinasihatkan membawa kamera atau telefon bimbit berkamera ketika berkempen sebagai persediaan menghadapi sebarang gangguan daripada pihak pembangkang seperti pernah berlaku sebelum ini.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, berkata ini kerana pihak pembangkang pasti akan menggunakan pelbagai taktik kerana terdesak untuk memenangi pilihan raya kali ini.

"Langkah itu bagi membolehkan segala ancaman dan tindakan anggota serta penyokong parti pembangkang dirakamkan sebagai bahan bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan buku daripada BHPetrol kepada pergerakan itu untuk program JOM!

Baca di Dewan Seri Endon, ibu pejabat Umno, di sini semalam.





Sumbangan buku bernilai RM5,000 itu diserahkan Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan BHPetrol, Azizul Azily Ahmad.






Noraini berkata, Puteri belajar daripada kejadian yang berlaku pada pilihan raya umum lalu serta pilihan raya kecil Parlimen Pendang dan Dewan Undangan Negeri Anak Bukit.

"Kali ini kita akan lebih berhati-hati terutama di kawasan pembangkang. Saya sendiri pernah dikepung di pilihan raya sebelum ini dan kita tidak mahu ia berlaku lagi.

"Semua petugas juga diingatkan tidak bergerak secara bersendirian tetapi berkumpulan," katanya.

Puteri mempunyai 400,000 anggota dan 20 petugas jentera Puteri akan ditempatkan di setiap 6,370 peti undi di seluruh negara bagi memperkuat jentera Barisan Nasional (BN).

BAIK PUTERI BULOH KASAP...KAMI PUN BAWA JUGA

:eek: :eek: :eek:
 
Back
Top
Log in Register