BTC USD 83,475.5 Gold USD 4,145.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kisah perjalanan Rasulullah s.a.w

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
Sejarah nabi Muhammad sebelum diangkat
menjadi Rasul

Umur 0 - Nabi dilahirkan pada 12 Rabiulawal
Tahun Gajah bersamaan dgn 20 April 571
Masihi, kira-kira 571 tahun selepas kelahiran
Nabi Isa as. Keturunan Bani Hashim yg
dihormati dari kalangan suku-suku arab.
Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib seorang
usahawan yg berpengaruh dan ibunya Aminah
datang dari keluarga keturunan bangsawan yg
baik-baik, yang mempunyai susur galur dengan
keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Umur 1 - disusukan oleh Halimatussaddiah.
Budaya org kaya Arab hantar bayi kpd ibu
susuan diluar kota mekah agar bayi-bayi dpt
menghirup udara yg bersih, terhindar dari
penyakit kota dan dapat berbicara dgn bahasa
yg murni dan fasih.

Umur 3 - diajar menggembala kambing.
Budaya org kaya Arab sebagai satu bentuk
pendidikan

Umur 5 - dihantar semula kepada ibu
kandungnya Aminah binti Wahab

Umur 6 - Aminah wafat, nabi dibela oleh
datuknya Abdul Mutalib ketua pemimpin
kaabah di kota mekah. Masyarakat arab pada
zaman itu adalah masyarakat yg bertamadun,
punya struktur pemerintahan sendiri dan pusat
pentadbiran yg dikenali sebagai Darunnadwah.

Umur 8 - Datuknya wafat dan nabi dibela oleh
bapa saudaranya Abu Talib juga seorang
pemimpin di kota mekah berketurunan
bangsawan. Bapa saudara nabi yg lain seperti
Al-Harith, Qutham, Az-Zubair, Hamzah, Al-
Abbas, Abu Lahab, Abdul Kaabah, Hajl, Dhirar,
Al-Ghaidak (sebelah bapanya)

Umur 12 - Diajar berniaga ke Syam oleh bapa
saudaranya Abu Talib

Umur 15 – Diberikan tanggungjawab
mengendalikan bantuan logistik dalam perang
yang dikenali sbg Harbul Fijar (Nabi belajar
selok belok peperangan)

Umur 17 - Nabi menyertai sebuah pertubuhan
ala-NGO yg dikenali sebagai Halful Fudhul yg
berperanan membenteras masalah sosial di
kota mekah. Pertubuhan ini masih wujud
sampai sekarang

Umur 20 - Mengetuai berpuluh kabilah unta
berdagang dari mekah ke syam yg jaraknya
kira-kira 900km

Umur 25 - Berkahwin dgn Siti Khadijah,
seorang janda yang kaya raya

Umur 33 - Nabi dilantik menjadi hakim
menyelesaikan masalah perletakan Hajaratul
Aswad di kota mekah

Umur 35 - Dianugerahkan gelaran Al-Amin

Umur 37 - Mengasingkan diri dgn bertahnud
(pemusatan jiwa) di Gua Hirak

Umur 40 - Nabi mendapat wahyu pertama dan
secara rasminya diangkat menjadi Rasul.
Perjalanan selepas diangkat menjadi Rasul Allah

Umur 40 - Mendapat wahyu yg pertama iaitu
surah Al-Alaq (ayat 1-7). 3 tahun selepas itu
turun wahyu yg seterusnya iaitu Surah Al-
Qalam (ayat 1-7), surah Al-Muzammil (ayat
1-7), surah Al-Mudatsir (ayat 1-7) dan
seterusnya surah Al-Fatihah (surah pertama yg
diturunkan lengkap. Inilah surah yg dikenali
sebagai ummul-kitab dan dikatakan sebagai
perkataan yg berat dalam 73:5)

Umur 40-53 - Baginda menyampaikan wahyu
secara senyap-senyap dan bersembunyi di
rumah2 sahabatnya yg dikenali sebagai Abu
Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam, seorang
ahli perniagaan berpengaruh dari kalangan
suku Makhzum. Wahyu yg diturunkan pada
waktu ini dikenali sebagai surah makiyyah.

Umur 45 - mencari bantuan perlindungan dari
Raja Habsyah yg beragama Nasrani kerana Nabi
dan pengikut2nya ditindas oleh kaum
musyrikin mekah. Umar Al-Khattab dan bapa
saudaranya Hamzah masuk Islam.

Umur 50 - Tahun kesedihan bagi Nabi. Abu
Talib dan Siti Khadijah wafat.

Umur 51 - Peristiwa Isra Mikraj. Nabi
diperturunkan perintah solat dari Allah.

Umur 52 - Perjanjian Aqabah yg pertama. 13
org dari Yathrib bertemu Rasulullah di kota
mekah utk masuk islam dan menyatakan janji
setia (berbaiah) kepada Allah dan Rasulullah

Umur 53 - Nabi berhijrah ke Yathrib utk
proklamasi kerajaan Islam yg dinamakan
sebagai Madinah. Merangka dan melaksanakan
undang-undang Piagam Madinah. Mendirikan
masjid Quba sebagai tempat beribadah,
bermesyuarat, berniaga, pentadbiran dsb.
Wahyu yg diturunkan pada waktu ini dikenali
sebagai surah madaniyyah.

Umur 55 - Perang Badar. Amr bin Hisyam
(atau nama gelarannya Abu Jahal, ketua org
musyrikin) mati dalam peperangan ini. Abu
Sufyan ambil alih pemerintahan kota mekah.

Umur 56 - Perang Uhud

Umur 58 - Perang Khandak/Ahzab

Umur 58 - Kaum musyrikin kalah dalam perang
Khandak. Perjanjian Hudaibiyah diadakan
antara kaum muslimin dan kaum musyrikin
bagi membolehkan umat islam mengerjakan
haji di kaabah.

Umur 61 - Kaum musyrikin mekah memungkiri
Perjanjian Hudaibiyah. Mekah diperangi dan
ditakluki oleh kaum muslimin dalam
peperangan yg dikenali sebagai peperangan Al-
Fath. Abu Sufyan masuk islam. Syiar islam
disebarkan ke seluruh dunia.
Siri-siri peperangan selepas Penaklukan kota
Mekah

Umur 61 – Perang Mut’ah (Pembawa utusan,
Harith b. Umair al-Azdi dibunuh oleh Raja
Basrah, wakil Hercules)

Umur 61 – Perang Hunain (Puak Hawazin dan
Thaqif menyerang Makkah bagi mengelakkan
puak mereka diserang)

Umur 62 – Perang Tabuk (Raja Rom Hercules
ingin menyerang Madinah mendengarkan siri
kemenangan umat Islam dalam perang-perang
sebelumnya)

Umur 63 - Nabi wafat kesan daripada diracun.

Semoga memberi manfaat. Yg baik datang dari
Allah, yg buruk datang dari kelemahan diriku
ini.
Terima kasih
 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
Back
Top
Log in Register