BTC USD 82,808.0 Gold USD 4,188.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Lembu Dan Ayam

BizClub

Super Active Member
Messages
7,033
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,033
Reaction score
157
Points
78
Seorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. Wajahnya serius seperti memikirkan sesuatu. "Kenapa semua orang mengatakan aku lokek. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku pada Yayasan Kemanusiaan!" kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan.

Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara,"Akan saya ceritakan kepada tuan tentang kisah ayam dan lembu," Lalu dia pun bercerita..

Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan si ayam dibenci. Ini menghairankan si ayam. Dia merasa cemburu dengan si lembu. Dia berkata kepada si lembu, "Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada hewan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?"

"Adakah tuan tahu apa jawapan si lembu?" tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh perhatian hanya menggeleng kepala.

"Si lembu berkata tenang, "Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup..."

MORAL:

Berbuatlah kebajikan sementara kita masih hidup dan sihat. Jangan bertangguh untuk berbuat baik. Jangan menunggu ketika kita sudah meninggal dunia, baru mengharapkan orang lain menghargai kita untuk suatu kebaikan yang telah kita lakukan.
 
Back
Top
Log in Register