BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Saman Fitnah Najib, Tommy Thomas Selesai Cara Baik - Muhammad Shafee

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
a26013a1bf37ce9a95255db6b5d91a48601e3aa7cd3d9

Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) dan Tan Sri Tommy Thomas (kanan)

Kes saman fitnah Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd berkaitan pembunuhan wanita Mongolia yang diterbitkan dalam buku berjudul My Story: Justice in the Wilderness, diselesaikan secara baik.

Penyelesaian kes saman itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Khadijah Idris di sini hari ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, memaklumkan media bahawa kedua-dua pihak telah mencapai satu keputusan bersama dan ia sepatutnya menamatkan semua khabar angin terhadap anak guamnya.

Beliau berkata Thomas mengakui bahawa sejak penerbitan buku tersebut pada 2021, bekas Peguam Negara itu tidak menyedari kewujudan sebarang bukti yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Anda boleh anggap ini satu kemenangan kerana tiada sebarang bukti seperti yang diakui oleh pihak defendan… jadi, ini sepatutnya menamatkan semua khabar angin, segala cakap-cakap tidak berasas dan cakap-cakap di kedai kopi berkenaan Datuk Seri Najib,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register