Aku seorang lelaki yang banyak buat silap. dalam keadaan aku alpa dengan dunia aku telah memberi harapan kepada 3 orang wanita. dan ketiga-tiga mereka benar-benar sayang kan aku. tapi saat aku sedar dan hendak kembali ke jalan Allah, aku diuji sangat berat. aku keliru hendak memilih yang mana satu. kerana aku terikat dengan budi mereka semua. tapi aku betul-betul nak berubah dan tak nak mainkan perasaan sesiapa lagi. Perempuan pertama paling lama aku kenali, tapi dia dah putus asa kerana kecurangan yang aku buat. perempuan ke dua paling banyak berkorban untuk aku dari segi duit, dan telah 4 tahun menunggu aku, tapi hakikat aku tiada cinta pada dia, dan sifat dia yang berkorban hanya utk memiliki aku, dia suka mengamuk, marah dan melibatkan orang-orang lain kalau marah. aku sentiasa kena hadap sifat pemarah dia dan susah untuk aku tinggalkan kerana pengorbanan dia terlalu banyak. tapi adil ke aku bertahan dalam keterpaksaan ? perempuan ke tiga, paling matang dalam berbicara, kadang-kadang marah juga tapi bila berjumpa tak pernah meninggikan suara sebaliknya bercakap dan berbincang dengan cara terbaik. dan aku selesa dengan perempuan ketiga kerana banyak perkara sama dalam diri kami dari segi minat hobi dan cara. malah aku boleh meluahkan segala rasa dalam hati aku pada dia walaupun kadang-kadang luahan aku tidak memihak pada dia. cuma aku keliru betulkah aku cinta kan yg ke tiga juga ? dan bagaimana cara untuk aku lepaskan diri dari yang ke dua? aku terikat dengan budi. tolong kawan-kawan. aku taw semua ni semua punca dari kesalahan aku tapi aku betul-betul nak berubah dan kembali ke jalan Allah.