BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejayaan PSIS Di SIIF 2025 Bukti TVET Bukan Lagi Pilihan Kedua - Zambry

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146
03fc56d31f211fb4dfb4456fc1bf4288694f5c0eca107

Kredit: FB - Zambry Abd. Kadir

Kejayaan Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) meraih dua anugerah berprestij pada Seoul International Invention Fair (SIIF) 2025 membuktikan politeknik bukan lagi pilihan kedua.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kejayaan itu menunjukkan bahawa politeknik merupakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang melahirkan inovator berdaya saing, berfikir global dan mampu bersaing di pentas dunia.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pasukan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan yang cemerlang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada SIIF yang berlangsung di Korea Selatan, PSIS memenangi Anugerah Emas menerusi inovasi A-Port Simulation: Inclusive Airport Experience with Interactive Navigation dan Anugerah Perak melalui projek PlantScape Apps for Residential 2.0.

SIIF merupakan acara untuk para inovator dan penyelidik dari seluruh dunia mempamerkan idea serta produk baharu mereka kepada pengilang, pelabur, pengedar, syarikat perlesenan dan orang awam.

 
Kalu aku kata Gomen bodoh, ada org akan marah tapi apa jadi pada graduan sains dan teknologi? Masa aku kecik2 dulu tahun 80an, pelajar ditekankan ambik sains dan teknologi. Gaji mahal katanya. Dapat bantu negara membangun. Lps aku grad dlm bidang sains, gaji yg dapat xmcm dicanangkan. Gaji rendah...malah ada masa rendah lagi dari kerja kilang...now I'm a bitter man...gomen let me and my generation down....yg plg sedap, grad pengurusan....semua dia jadi ketua...besaq2 pangkat sekoq2...siap up anak beranak kerja sekali...gitu la luahan aku...terima kasih...
 
Back
Top
Log in Register