BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai buku bergerak pertama di Malaysia.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warni terang hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan "Mobile Book Cafe" dan gambar buku menghiasi luar van.

Sebaik bahagian pintu belakang van dibuka, kelihatan tersusun cantik himpunan buku di atas ruang pameran yang diubahsuai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.

Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama di Malaysia diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.

TERCETUS IDEA

Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lepas mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.

Bercerita lanjut mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea itu, beliau terus menyuarakannya kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.

Mereka berkenalan sejak enam tahun lepas ketika Muhamad masih bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.

"Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang difikirkan, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan", katanya kepada Bernama.

Muhamad, yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara setelah berkhidmat 30 tahun.

Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata pada peringkat awal beliau harus mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.

"Ada yang mencadangkan mengambil lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan", katanya.

Setelah itu, baru mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelulusan bagi pengubahsuaian dijadikan kedai bergerak.

Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan, kerana menurut JPJ, pihaknya tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.

"Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kedai kami ini adalah kedai buku bergerak yang pertama diluluskan JPJ di Malaysia", katanya.


PROSES UBAHSUAI

Tidak mahu dikatakan seperti perpustakaan bergerak, Muhammad Azam berkata mereka cuba untuk lari daripada bayangan itu dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.

Apabila hanya menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin, katanya.

Selama sebulan dihantar untuk pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan mereka selama ini.

Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.

"Kami belanjakan RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank", katanya.

Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara konsignasi dari syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.

"Kelebihan kami adalah Muhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat konsignasi buku-buku terbitan mereka", katanya, yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.

Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain buku yang menggunakan bahasa yang standard.

"Bahan-bahan yang dijual mengguna tatabahasa yang betul termasuk komik-komik yang dijual. Ini secara tidak langsung bagi membantu meningkatkan tatabahasa terutama dalam kalangan pelajar sekolah", katanya.

More http://www.astroawani.com/news/show/kedai-buku-bergerak-pertama-di-malaysia-45730


51413101836_freesize.jpg
 
konsep ni dah lama... zaman skolah dulu aku pernah nampak... tapi tak lama bertahan...
 
Muhammad bin ali aka mba san ni pesara ptm. Ikut ceritanya sebulan income bersih rm20k jual buku bergerak ni
 
Dia masuk sekolah2 dan pejabat kerajaan. Kelebihan dia x payah angkat buku2 dan meja. Buka lori je
 
Beliau banyak bekerjasama dengan pts publisher. Own by puan ainon dan prof abdullah hasan. Bagus bisnes ni. Selain catat keuntungan, bisnes ni menggalak masyarakt membaca. Kalau x silap, selain beli, buku2 ni juga boleh disewa. Beliau x buat francais tapi sesiapa nerminat boleh kontek beliau. Beliau guna nick mba san dalam fb
 
patut kat malaysia ni pun setiap district da bule adakan perpustakaan sendiri.
 
Back
Top
Log in Register