BTC USD 84,540.0 Gold USD 4,283.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebankrapan

pipsgreen

Fun Poster
Messages
888
Joined
May 9, 2010
Messages
888
Reaction score
37
Points
20
SALAM.. menarik untuk dikongsikan bersama

Apa itu kebankrapan?

Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.

Siapakah itu penghutang?

Penghutang dalam konteks Akta Kebankrapan merujuk kepada individu yang tertakluk di bawah bidangkuasa mahkamah di bawah seksyen 3(3) Akta Kebankrapan 1967 yang pada masa tindakan kebankrapan telah dibuat:

Telah hadir sendiri di Malaysia; atau
Biasanya telah tinggal atau telah mempunyai suatu tempat kediaman di Malaysia; atau
Telah menjalankan perniagaan dalam Malaysia sama ada sendiri atau dengan cara seorang ejen; atau
Telah menjadi seorang ahli sebuah firma atau perkongsian yang telah menjalankan perniagaan dalam Malaysia.


Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi bankrap?

Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan suatu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman terhadap seseorang individu selepas suatu Petisyen Kebankrapan dikemukakan. Petisyen Kebankrapan ini dikemukakan di mahkamah melalui dua (2) cara:

Petisyen Pemiutang. Suatu Petisyen Pemiutang hanya boleh dikemukakan setelah suatu tindakan kebankrapan dilakukan oleh penghutang dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh pengemukaan petisyen. Selain itu, penghutang tersebut hendaklah:
Tinggal di Malaysia; atau
Dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh pengemukaan petisyen:
Telah tinggal di Malaysia; atau
Telah mempunyai sebuah rumah kediaman di Malaysia; atau
Telah mempunyai tempat perniagaan di Malaysia; atau
Telah menjalankan perniagaan sendiri atau melalui ejen di Malaysia; atau
Telah dalam tempoh yang sama menjadi seorang ahli sebuah firma atau perkongsian yang telah menjalankan perniagaan dalam Malaysia dengan cara seorang pekongsi atau pekongsi-pekongsi atau seorang ejen atau pengurus.
Petisyen Pemiutang dikemukakan apabila penghutang berhutangan dengan pemiutang pempetisyen tidak kurang dari RM30,000.00.

Petisyen Penghutang. Suatu Petisyen Penghutang merupakan satu tindakan kebankrapan. Petisyen Penghutang ini difailkan atau dikemukakan oleh penghutang itu sendiri yang menjadikan dirinya seorang bankrap bagi melindungi dirinya dari tuntutan pemiutang yang berlebihan. Berlainan dengan Petisyen Pemiutang, tiada sebarang had atau jumlah hutang yang disyaratkan sebelum memfailkan Petisyen Penghutang. Selepas mengemukakan Petisyen Penghutang, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan kebenaran mahkamah.
Petisyen ini (Borang 3, Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969) hendaklah difailkan di Mahkamah di mana penghutang tersebut tinggal. Sebelum Petisyen tersebut difailkan, penghutang mestilah mendepositkan sejumlah RM1,500.00 kepada KPI bagi tujuan menampung segala perbelanjaan sepanjang pentadbiran kes oleh KPI. Mahkamah hanya akan membenarkan Petisyen tersebut difailkan setelah resit pembayaran deposit yang dikeluarkan oleh KPI dikemukakan. Satu salinan Petisyen Penghutang yang dimeterai kemudian akan dihantar kepada KPI sama ada melalui pos atau sebaliknya. Semasa perbicaraan Petisyen Penghutang, Mahkamah akan membuat satu Perintah Penerimaan serta satu Perintah Penghukuman. Walau bagaimanapun, jika si bankrap tidak hadir ke perbicaraan tersebut, Petisyen tersebut boleh dibatalkan.

Perlu diingatkan bahawa kebankrapan adalah satu perkara serius dan seharusnya dijadikan sebagai jalan terakhir. Ini kerana terdapat banyak sekatan yang dikenakan ke atas bankrap seperti sekaran keluar negara, memegang jawatan sebagai pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan dan keperluan untuk menyumbang ke dalam estet kebankrapan tanpa gagal untuk faedah pemiutang-pemiutang. Bankrap juga perlu menyerahkan segala hartanya termasuk rumah dan kenderaan. Di samping itu, tiada pelepasan automatik dipraktiskan di negara ini. Bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan oleh Mahkamah atau KPI tetapi ianya tertakluk kepada sebarang bantahan daripada pihak pemiutang.

Apakah tanggungjawab seorang bankrap?

Tanggungjawab seorang bankrap termasuklah:

Menghadirkan diri di JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dikeluarkan terhadapnya dan juga setiap mesyuarat atau perjumpaan apabila diarahkan;
Menyerahkan semua harta miliknya kepada KPI;
Memfailkan Pernyataan Hal Ehwal;
Menyerahkan Penyata Perbelanjaan dan Pendapatan bagi tempoh setiap enam (6) bulan;
Menghadiri semua mesyuarat-mesyuarat pemiutang;
Mengelakkan dari memperoleh kredit Tidak membuat pembayaran terus hutang kepada pemiutang;
Membuat bayaran ansuran bulanan ke dalam estet kebankrapan;
Sentiasa mengemaskini dan memberitahu dengan segera jika terdapat sebarang perubahan nama, alamat tempat tinggal, no. telefon, jumlah pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan;
Memberi respon dan menjawab sebarang pertanyaan kepada Ketua Pengarah Insolvensi; dan
Tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Insolvensi, Mahkamah dan peruntukan di dalam Akta Kebankrapan 1967.

Apakah kesan-kesan ke atas kebankrapan?

Apabila perintah Penerimaan telah dimasukkan, tiada prosiding boleh diambil atau sedang berjalan ke atas penghutang/si bankrap mahupun aset kepunyaan penghutang/si bankrap mestilah mendapat kebenaran daripada mahkamah;

Ketua Pengarah Insolvensi adalah penerima harta penghutang/si bankrap;

Ketua Pengarah Insolvensi akan menjadi pemilik semua buku akaun, surat-surat dan dokumen-dokumen lain dalam pemilikan, penjagaan atau kawalan dari penghutang/si bankrap yang berkaitan dengan hal ehwal miliknya, dan boleh menjadi miliknya kesemua atau surat ikatan, buku, dokumen-dokumen dan harta benda lain penghutang.

Apakah sekatan-sekatan ke atas bankrap?

Tidak boleh dilantik atau bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret
Tidak boleh dicalonkan di dalam pilihanraya dan / atau menjadi perwakilan (hilang kelayakan sebagai ahli atau memegang mana-mana jawatan di dalam persatuan)
Tidak boleh dicalonkan atau dipilih atau memegang atau menjalankan jawatan Ahli Majlis sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
Tidak boleh meneruskan mana-mana tindakan kecuali dengan sanksi Ketua Pengarah Insolvensi.
Tidak boleh meninggalkan persekutuan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
Tidak boleh menjalankan mana-mana perniagaan atau menjadi seorang pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
Tidak boleh bekerja dengan syarikat milik pasangan, keluarga atau saudara kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
Tidak dibenarkan membuat pinjaman melebihi RM1,000.00 tanpa memaklumkan kepada pihak yang memberi pinjam bahawa dia adalah seorang bankrap

Bagaimana untuk keluar dari kebankrapan?

Di bawah Akta Kebankrapan 1967, terdapat tiga (3) cara untuk keluar dari kebankrapan. Sila ambil perhatian bahawa tiada pelepasan automatik di Malaysia.

1. Pembatalan

Pembatalan adalah pemansuhan di dalam kebankrapan.

Terdapat tiga (3) keadaan di mana mahkamah boleh mambatalkan Perintah Penghukuman :

Mahkamah berpendapat bahawa penghutang tidak sepatutnya dijatuhkan bankrap;
Mahkamah berpuas hati bahawa semua hutang si bankrap telah dijelaskan sepenuhnya;
Mahkamah mendapati bahawa prosiding yang tertangguh di Singapura bagi pembahagian di dalam estet si bankrap dan memebri kesan kepada pemiutang di bawah kebankrapan atau undang-undang insolvensi Singapura bahawa pembahagian sepatutnya dilakukan di negara tersebut.
Kesan pembatalan adalah untuk menghapuskan kebankrapan seolah-olah penghutang tidak pernah diisytihar bankrap.

2. Pelepasan Dengan Perintah Mahkamah

Pelepasan bermaksud bebas daripada kebankrapan.

Bagaimana untuk saya memohon pelepasan?

Anda boleh memohon melalui Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Perintah Pelepasan.

Mahkamah akan mendengar Ketua Pengarah Insolvensi dan pemiutang-pemiutang sebelum sebarang keputusan pelepasan dibuat. Mahkamah akan mempertimbangkan beberapa faktor seperti umur, pendapatan dan aset sebelum keputusan pelepasan. Selain itu, mahkamah juga akan mempertimbangkan jumlah bayaran yang telah anda sumbangkan untuk faedah pemiutang, sama ada terdapat kebankrapan atau kesalahan lain yang dilakukan, secara umumnya, sama ada anda telah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Ketua Pengarah Insolvensi semasa pentadbiran kes anda.


3. Pelepasan Melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi

Ketua Pengarah Insolvensi, boleh, dengan budi bicara, melepaskan bankrap selepas tempoh lima (5) tahun di dalam kebankrapan. Dalam mempertimbangkan untuk melepaskan si bankrap, Ketua Pengarah Insolvensi akan mempertimbangkan beberapa faktor seperti:

• Sebab kebankrapan;
• Tempoh kebankrapan;
• Aset si bankrap dan bayaran terhadap estet bagi faedah pemiutang;
• Umur atau kesihatan si bankrap;
• Kelakuan si bankrap; dan
• Tahap kerjasama yang diberikan kepada Ketua Pengarah Insolvensi dalam hal ehwal pentadbiran kes.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan supaya memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap Ketua Pengarah Insolvensi.

apakah mitos yang biasa kita dengar apabila seseorang itu dishtiharkan bankrap..
 
gud info...mmg tgh cari info ni...satu lagi nk tanya TT...rm30,000.00 utk penghutang memohon menjadi bankrap tu ditujukan utk penghutang meminjam hanya pada satu bank atau byk2 bank boleh digabungkan sehingga cukup amaun rm30,000.00 tu..?
 
Back
Top
Log in Register