kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
MANILA: Keadaan bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino, yang menghidap barah kolon dan ketika ini berada di hospital adalah bertambah buruk, kata anak perempuannya, Kristina Bernadette Aquino, menerusi temubual televisyen hari ini.
Aquino yang berusia 76 tahun dimasukkan ke hospital bulan lalu.
“Kini adalah tempoh paling sukar kepada kami,” kata Kristina yang juga selebriti negara itu kepada siaran televisyen ABS-CBN.
“Beliau sudah dalam kesakitan, jadi tolong doakan untuknya supaya kesakitan yang dialaminya dikurangkan.
“Kami tidak tahu berapa jam lagi, hari dan minggu tuhan akan berikan kepadanya, tetapi tolong bantu kami dengan berdoa supaya ibu saya tidak mengalami kesakitan yang teruk,” katanya. - AFP