BTC USD 81,256.1 Gold USD 4,030.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Katherine mahu cabar wasiat Jackson

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LOS ANGELES 18 Julai - Ibu Michael Jackson semalam meminta hakim mahkamah memutuskan sama ada dia boleh mencabar dua lelaki yang dinamakan dalam wasiat anaknya sebagai wasi untuk estet milik Raja Pop itu tanpa terlucut haknya untuk mewarisi harta Raja Pop itu.

Ia tidak mencabar secara rasmi penamaan peguam, John Branca dan eksekutif muzik, John McClain sebagai orang yang dilantik menunaikan wasiat.

Namun, jika keputusan memihak kepada Katherine Jackson, 79, ibu penyanyi legenda itu mungkin berpeluang memiliki estet anaknya yang dianggarkan bernilai lebih AS$500 juta (RM1.79 bilion).

Seorang hakim memutuskan untuk memberi hak sementara ke atas 2,000 barangan yang diambil dari Neverland Ranch dan dimasukkan dalam senarai lelongan, namun hak itu telah tamat tempoh dan diberikan kepada Branca dan McClain.

Wasiat Jackson menamakan Branac dan McClain sebagai wasi bersama dan menyatakan estet itu diletakkan dalam amanah peribadi.

Amanah itu turut disertakan dengan klausa 'tidak boleh dipertikaikan' dan menyatakan sesiapa saja yang berbuat demikian akan dilucutkan hak pewarisan
 
Back
Top
Log in Register