BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,138.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kasut kulit barbiee

tok_jogho

Active+ Member
Messages
2,849
Joined
Sep 29, 2008
Messages
2,849
Reaction score
10
Points
25
salam pada cgraian ...

aku ada terbaca soal jawab agama dalam harian metro...berkenaan kasut yg dibuat dari kulit barbee..soalan tersebut dijawab oleh Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri dari uia...dia mengatakan kulit barbee boleh guna kalau dah disamak...mintak penjelasan dari cgrian yg tahu dalam masalah ini....
 
Last edited:
kawan rasa kulit barbee ni kalo di samak ke tak disamak ke tetap haremm... macam mana keadaannya kalo barbee disemelih... adakah halal...
 
kawan rasa kulit barbee ni kalo di samak ke tak disamak ke tetap haremm... macam mana keadaannya kalo barbee disemelih... adakah halal...

barbii ni .. tetap haram walau apa keadaan.. so kalau samak pun ..dia tetap haram..

anyway .. banyak lagi kulit binatang lain boleh guna .. kenapa nak pilih kulit barbii..
 
ADIK saya pernah terpakai kasut yang dibuat daripada kulit barbee pada bahagian lapik dalamnya.

Adakah dia perlu menyamak kakinya? Jika perlu disamak, perlukah dia menyamak tempat yang laluinya?

NOR
Perak.

barbee termasuk dalam kategori najis berat. Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah: Aku tidak dapati dalam apa yang diwahikan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging barbee kerana sesungguhnya ia adalah kotor, ..." (Surah al-An'am ayat 145). Berdasarkan ayat di atas, ulama bersetuju ketiga-tiga perkara itu termasuk barbee haram dimakan. Kebanyakan ulama juga melarang penggunaan barangan berasal daripada barbee seperti bulu dan kulit, sama ada sebagai perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ia adalah najis. Secara umum mazhab Shafie berpendapat apabila terkena atau tersentuh dengan najis barbee hendaklah disamak seperti menyamak najis anjing. Semuanya dilakukan bagi memastikan kebersihan diri dan tempat. Bagaimanapun, ada pendapat ulama yang mengehadkan larangan itu kepada daging barbee sebagai makanan semata-mata. Dengan itu penggunaan barangan berasal daripada barbee seperti bulu dan kulit masih dibenarkan apabila sudah melalui proses dibagh (samak). Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gunakasutkulitbabi/Article/indexp_html
 
Last edited:
fening- fening...

halal ke haram...???

kalu tergigit cam ne? teryoyot ke?
 
mungkin pendapat yg membenarkan kulit barbee boleh disamak hanyalah sedikit,dan boleh dikatakan jumhur ulama mengharamkan segala macam yg ada pada barbee untuk diguna pakai walaupun setelah disamak...

so,ambil jer pendapat yg ramai...dalam kes diatas,pd pendapat aku,
Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri bertindak jujur dalam ilmu,beliau tidak ler kata betul2 halal,cuma menyatakan ada ulama yg membenarkan...dan perkataan 'ada' itu boleh kita fahami bilangannya(ulama yg berpendapat boleh) tidak menunjukkan secara jumhur....hal perbezaan pendapat ni mungkin berlaku disebabkan perbezaan mazhab...

so,nasihat utk TT,elakkanlah terus penggunaan kasut berkulit barbee walaupun telah disamak...
tp,kalau kasut patung barbee tidaklah haram disentuh dan x perlu disamak sekirannya dihasilkan dari bahan yg halal.
 
Back
Top
Log in Register