hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,481
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,481
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Kota Bharu: Juruwang didenda RM5,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merakam kakak iparnya di dalam tandas tempat mereka bekerja menggunakan kamera perakam, minggu lalu.
Tertuduh yang berusia 29 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan dengan merakam seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa sedang menyelak baju semasa berada di dalam tandas tanpa pengetahuannya dengan menggunakan kamera perakam untuk mengganggu kesantunannya.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
"Tertuduh mempunyai ikatan kekeluargaan dengan mangsa dan mereka berdua juga bekerja di tempat yang sama.
"Jadi mohon hukuman setimpal yang memberi pengajaran kepada tertuduh," katanya.
Roshayati memohon denda yang minimum kerana tertuduh yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan sembilan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu.