neosham8485
Active Member
- Messages
- 1,898
- Joined
- Mar 28, 2008
- Messages
- 1,898
- Reaction score
- 1
- Points
- 25
PEMAIN Perak jual perlawanan?
Itu dakwaan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).
Menurut sumber Pafa, dua atau tiga pemain skuad Seladang didakwa terlibat dalam aktiviti menjual perlawanan dalam Liga Super baru-baru ini.
Ekoran khabar angin itu, Pafa dilaporkan sedang menyiasat dakwaan tersebut dengan teliti bagi mengetahui sejauh mana kesahihannya.
Seorang Ahli Majlis Pafa yang enggan namanya disiarkan berkata, majlis Pafa telah berbincang mengenai dakwaan berkenaan dalam mesyuaratnya baru-baru ini.
Katanya, Majlis Pafa sedang mengenal pasti pemain yang terlibat untuk diambil tindakan sewajarnya.
Begitu pun, beberapa ahli majlis yang dihubungi enggan mengulas dakwaan tersebut sambil berkata: “Biarlah perkara ini menjadi rahsia dulu”.
Sebaik dakwaan tersebut semakin bertiup kencang di kalangan penyokong Kejor Yob Kejor itu, barulah beberapa ahli majlis bersedia membuka mulut mengenainya.
Mereka mengakui Majlis Pafa sedang menyiasat secara mendalam sebelum membuat sebarang ulasan.
Perak yang mengharungi 24 perlawanan Liga Super musim ini menduduki tangga ke-10 dengan mengumpul 31 mata.
Skuad Seladang telah mencatat sembilan kemenangan, seri empat kali serta kalah dalam sebelas perlawanan.
Sepanjang saingan liga, pemain Perak berjaya menjaringkan 25 gol tetapi membiarkan pintu gol mereka bolos sebanyak 33 kali.
Skuad Perak kini sedang menjalani latihan di bawah pengawasan jurulatih, M. Karathu sebagai persiapan menghadapi Piala Malaysia pada bulan September ini.