BTC USD 85,457.8 Gold USD 4,283.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual Kumbang? Diari Seorang Pelajar

Labanon

Fun Poster
Messages
346
Joined
May 30, 2007
Messages
346
Reaction score
2
Points
15
Ni nak kongsi satu cerita BENAR tentang saya kepada anda :)

Al-kisah pada aku darjah 2, kawan aku Alif datang ke rumahku pada petang yang damai. Di tambah pula dengan angin yang sepoi-spoi bahasa. Alif seperti biasa datang kerumahku untuk mengajak aku bermain a.k.a lakukan aktiviti petang untuk kesihatan badan. D

” Petang ni nak buat ape Alif ? ” tanya ku dengan penuh harapan. ” Haa! Hari ni ada aktiviti best.. meh ikut aku”. Tanpa berfikir panjang aku terus mengikut Alif pergi ke suatu tempat. “Eh Alif… buat apa kat belakang rumah Pak Cik Hasan ni? ” aku bertanya. Rupa-rupanya Alif ingin mengajak aku untuk menangkap kumbang… wah bukan main seronok lagi saya masa tu D .
Lebih kurang ni laa rupanya!

Kumbang ni bukan kumbang biasa… warna dia kemas-emasan sedikit. Alif telah bersedia terlebih dahulu dengan sudah membawa plastik untuk di tempatkan kumbang yang telah ditangkap. Setelah selesai aktiviti petang saya mengambil keputusan membawa kumbang ini balik.

Esok apa lagi bawak pergi sekolah la kumbang-kumbang ni D Sesampai di sekolah ramai yang heran.. ” Eh.. ni kumbang jenis aper ni Dely?” tanya seorang kawanku. “NI kumbang spesis mamalia.. yang tak der di Malaysia” jawabku supaya mereka yang mendengar bertambah hairan ) . Kawanku seorang lagi berkata ” Bagi aku satu Dely.. nak satu jer”.

Secara sepontan otak bisnesku ini menghantarkan isyarat supaya jangan bagi free hehe. Hendak diringkaskan cerita sayapun menjual kumbang-kumbang emas itu takdi dengan harga 30sen seekor. Kesian pulak kumbang tu huhu. Wah banyak permintaan dan petang esok apa lagi terus saya pergi tangkap lagi kumbang tu.

Keesokan saya jual lagi dan seorang pelajar ni dier beli kumbang dengan saya.. tiba-tiba kumbang tu terbang ( Tu laa tak jaga dengan baik ) ). Dia pun nangis dan mendapat perhatian cikgu kelas saya. Cikgu tu tanya dia ader masalah ker dan ohh tidakkk dia menceritakan tentang perniagaan kumbangku itu.

Saya terpaksa pulangkan balik duit dier 30sen (dah rugi ni) dan cikgu bagi warning jangan menjual lagi di sekolah ) dan kumbang-kumbang yang belum sempat habis saya jualkan tu saya simpan dalam beg. Apabila pulang saya jual pulak kumbang-kumbang tu atas bas sekolah yang saya naiki. Hehe driver bas pun beli 2 ekor huhu berjaya jugak habiskan stok perniagaan kumbang pada hari itu.Selepas itu saya tekad tak nak berniaga kumbang lagi.

Habislah coretan diari seorang pelajar hari ini. Hehe banyak lagi kisah berniaga saya di sekolah. Tunggulah yer episode-episod akan datang. Mungkin kumbang juga boleh di jadikan niche baru dalam perniagaan internet ) dan buat blog pasal kumbang-kumbang emas hehe secara tidak langsung menyahut seruan bro SmarZul supaya jangan buat lagi blog tentang IM.

Nampaknya perniagaan kumbang ini saya untung 100% tanpa mengeluarkan modal!

sekian..
 
Hehe business minded person...;)
 
bagus nie kecik2 dah ader potensi wak biz, cayalah!!
 
hehe nanti saya akan tambah lagi kisah2 seorang pelajar ;)
 
Back
Top
Log in Register