BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JTM Akan Pastikan Kebolehpasaran Dan Kebolehkerjaan Graduan ADTEC Terus Tinggi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,392
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,392
Reaction score
346
Points
141
4214a3476bc44a5d60ed50deed8093306901fe95920e4

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Datuk Rospiagos Taha

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) akan memastikan graduan yang dilahirkan menerusi Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di seluruh negara dapat memenuhi keperluan sektor pekerjaan dalam pelbagai bidang.

Ketua Pengarah JTM Datuk Rospiagos Taha berkata sehingga kini lepasan pusat latihan berkenaan mempunyai kebolehpasaran dan kebolehkerjaan yang tinggi serta diminati oleh pemain industri di negara ini, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata setakat ini kebolehpasaran graduan ADTEC yang mendapat pekerjaan adalah 95 peratus, manakala kebolehkerjaan iaitu graduan yang bekerja mengikut bidang yang dipelajari sekitar 80 peratus.

“Kami di JTM akan terus memastikan peratusan berkenaan kekal tinggi, sekali gus menjadikan 33 ADTEC di seluruh negara dan dua kampus satelit sebagai pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

“Antara usaha yang kami lakukan ialah melaksanakan kolaborasi dengan pihak industri bagi memastikan kursus yang ditawarkan sentiasa relevan, sejajar dengan arus teknologi dan memenuhi keperluan pasaran kerja,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Karnival Kerjaya dan Pendidikan TVET MyFutureJobs X ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, yang turut dihadiri oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Batu Pahat Dr Muhammad Yusof dan Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor, Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) Herman Raban.

Rospiagos turut memaklumkan pihaknya melaksanakan beberapa pertukaran memorandum kerjasama (MoC) yang dijangka memberi manfaat besar daripada aspek pembangunan sumber manusia, perkongsian teknologi, latihan industri pelajar (LI) dan latihan sangkut pengajar (LSI) seterusnya menjadi pemangkin kepada peningkatan kemahiran nasional.

Beliau berkata di negeri Johor, selain menerima kerjasama baik daripada pelbagai pihak, sokongan serta komitmen kerajaan negeri juga amat tinggi dalam pembangunan modal insan.

“Sebagai contoh, hari ini kami menerima bantuan daripada kerajaan Johor berbentuk geran peralatan bernilai RM248,200 bagi melahirkan graduan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

 
Back
Top
Log in Register