BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Buka Bidaan Nombor Siri H Sempena Hari Malaysia Rabu Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

JPJ Buka Bidaan Nombor Siri H Sempena Hari Malaysia Rabu Ini​

5d6db8614526da3fb2080c9b4a87bec26aa7fca4569f9


Nombor pendaftaran kenderaan istimewa siri H sempena Hari Malaysia dibuka untuk bidaan mulai Rabu ini hingga 20 Sept, menawarkan angka 1 hingga 9999.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata bidaan boleh dibuat menerusi aplikasi JPJeBid manakala keputusan akan diumumkan pada 21 Sept ini.

Beliau berkata siri H istimewa kerana merupakan huruf tunggal terakhir yang akan ditawarkan oleh JPJ selain melambangkan keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia.

"Nombor ini sangat istimewa dan orang ramai digesa mengambil peluang untuk mendapatkannya kerana selepas ini, tiada lagi huruf tunggal akan ditawarkan oleh JPJ," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran nombor siri berkenaan di sini hari ini.

Aedy Fadly berkata penggunaan huruf H bagi siri berkenaan berbeza dengan pendaftaran teksi kerana bagi pengangkutan awam itu, ia perlu diiringi huruf pendaftaran negeri.

"Sebagai contoh, teksi di Perak didaftarkan dengan huruf HA kerana A merupakan huruf pendaftaran negeri itu," katanya.

 
Back
Top
Log in Register