BTC USD 81,723.0 Gold USD 4,056.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jepun tutup 2,000 sekolah

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KOBE: Jepun semalam melaporkan 135 kes selesema **** dan bertindak menutup lebih 2,000 sekolah dalam usaha memperlahankan virus itu merebak.

Pihak berkuasa berkata, selesema itu mungkin sudah menjangkiti beratus-ratus orang.

Jumlah kes itu meningkat begitu pantas di kawasan Kobe dan Osaka sejak kes pertama disahkan - seorang pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun di Kobe — dilapor Sabtu lalu.

“Ini bukan masalah di Hyogo dan Osaka sahaja. Kita mesti bertindak pantas dengan menganggap ia sudah merebak ke seluruh negara,” kata Menteri Kesihatan, Yoichi Masuzoe.

Pakar percaya virus itu merebak begitu cepat antara kedua-dua bandar raya berkenaan selepas sekolah tinggi dari Kobe dan Osaka berkumpul untuk menyertai satu pertandingan bola tampar.

Beberapa pemain dan jurulatih dikatakan demam selepas pertandingan itu.

Perdana Menteri, Taro Aso yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet krisis mendesak orang ramai bertenang dengan menegaskan ramai penghidap virus itu cepat sembuh.

Perkembangan di Jepun dan kematian seorang lagi penghidap virus itu di Amerika Syarikat mendorong Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menimbang mengisytiharkan selesema itu pandemik sepenuhnya. - AFP

mymetro online news.
 
Kawan aku ada dua orang kat jepun masa ni. balik hari sabtu depan.
jangan dia bawak balik virus ni sekali dah lah. cepat betul merebaknya.
 
Back
Top
Log in Register