BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS JDT 6 - 0 Penang FC : Lambat panas punca Penang FC tewas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,172
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,172
Reaction score
346
Points
141

JDT 6 - 0 Penang FC : Harimau Selatan baham Harimau Kumbang​

1757769916266.png




3270506.webp

Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (kiri) melepasi kawalan pemain Penang FC Ahmad Irfan Mohd Noor (kanan) pada perlawanan Liga Super Malaysia 25/26 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis. Foto Bernama

SKUAD Johor Darul Ta'zim kian mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super apabila menewaskan Penang FC 6-0, di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis.

JDT bermula garang sebaik wisel permulaan dengan asakan-asakan berbahaya ke gawang pelawat bagi membuka jaringan.

Asakan-asakan berkenaan akhirnya berhasil apabila penyerang import, Jairo Da Silva menanduk masuk gol pembukaan perlawanan pada minit ke-9.

Minit ke-10 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu hampir menambah jaringan, namun rembatan Arif Aiman Mohd Hanapi berjaya ditepis penjaga gol skuad Harimau Kumbang, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.

Bagaimanapun, Arif Aiman menebus kehampaan itu dengan meledak gol kedua JDT pada minit ke-17.

Walaupun selesa mendahului dua gol di hadapan, namun kesebelasan JDT dilihat masih meneruskan asakan ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.

Hasilnya, minit ke-31 menyaksikan Arif Aiman apabila berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum tenang menewaskan Khairulazhan untuk gol ketiga.

Dua minit berselang, giliran Joao Figueiredo untuk meledak gol keempat JDT

Masa kecederaan babak pertama menyaksikan tonggak pertahanan Jon Irazabal, menanduk masuk gol kelima bagi menyaksikan JDT selesa menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua JDT dilihat semakin garang mengasak dan hasilnya menyaksikan pertahanan import, Antonio Glauder menjaringkan gol ke enam pada minit ke-51.

Hasil satu serangan balas, pemain import Penang FC, Dylan Halls berjaya menjaringkan gol pada minit ke-55.

Bagaimanapun, gol berkenaan dibatalkan pengadil perlawanan.

Penghujung babak kedua menyaksikan JDT semakin hebat mengasak dalam usaha menambah jaringan.

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan skuad Harimau Selatan itu, hingga ke wisel penamat.
 

Kenduri gol benam Penang FC, Munoz puas hati aksi JDT​

3270910.webp

Pemain JDT, Joao Figueiredo. (tengah), mempamerkan aksi mantap di sepanjang perlawanan. Foto Johor Southern Tigers

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz nyata berpuas hati dengan aksi dipamerkan skuad kendaliannya itu ketika membenam Penang FC, 6-0, pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, pada Rabu.

Menurutnya, kesemua pemain telah memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan terutamanya pada babak pertama apabila lima gol berjaya merobek gawang pelawat.

“Apa yang dapat saya katakan hanyalah ucapan tahniah kepada kesemua pemain yang telah memberikan aksi yang cukup cemerlang pada perlawanan kali ini.

“Kita juga dapat menyaksikan penyokong gembira dengan corak permainan yang dipamerkan sehingga berjaya mencatatkan kemenangan besar ini.

“Bagaimanapun, apa yang lebih penting di sini adalah untuk meneruskan kecemerlangan tersebut pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.

Pada aksi berkenaan, skuad Harimau Selatan membuka jaringan pada minit ke-9 menerusi Jairo Da Silva, Arif Aiman Mohd Hanapi (min-18, 31), Joao Figueiredo (min-33), Antonio Glauder (min-52) dan Jon Irazabal (45+3).

Sementara itu Munoz berkata, skuad kendaliannya itu turut dilihat memiliki deretan peluang bagi meledak jaringan pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, peluang-peluang berkenaan dilihat gagal disempurnakan dengan baik oleh jentera serangan pasukan.

“Perkara seperti inilah antara kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan skuad Harimau Selatan itu tampil lebih mantap pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Pada perlawanan kali ini pemain berjaya menjaringkan enam gol, tetapi sebenarnya ada beberapa peluang gol lagi yang tidak dapat diterjemahkan.

“Perkara seperti ini akan diberikan perhatian agar situasi-situasi seperti mampu ditangani pada masa hadapan bagi merealisasikan jaringan,” katanya.
 

Lambat panas punca Penang FC tewas​

3270967.webp

Wan Rohaimi.

SINDROM 'lambat panas' dilihat menjadi punca utama kekalahan 0-6 Penang FC kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Khamis.

Punca itu didedahkan pengendali skuad Harimau Kumbang itu, Wan Rohaimi Wan Ismail yang turut mengakui pemainnya nampak tertekan pada babak pertama sehingga dibolosi lima gol.

Katanya, anak buahnya itu juga nampak sedikit tertekan apabila berdepan pasukan lawan dan tidak beraksi dengan kekuatan penuh pada 45 minit pertama dalam perlawanan malam tadi.

Bagaimanapun katanya, keadaan agak berbeza pada babak kedua apabila skuad Haria Penang Haria itu mula beraksi tanpa tekanan dan melakukan serangan ke kubu lawan.

"Secara keseluruhan, boleh dikatakan dua persembahan yang berbeza. Pada awalnya, pemain lambat panas dan situasi ini menyebabkan mereka dihukum JDT.

"Kita tahu mereka akan bermula dengan agresif untuk menekan kita dan kita tak dapat atasi perkara itu, malangnya kita pula yang dibolosi lima gol.

"Ketika rehat separuh masa, saya beritahu pemain jika mereka terus bermain seperti ini, semakin banyak gol akan dijaringkan oleh JDT. Jadi, mereka bermain habis-habisan dan jelas separuh masa kedua memang nampak perubahan," katanya.

Diminta mengulas mengenai gol Dylan Wenzel-Halls yang dibatalkan, Wan Rohaimi berkata, keputusan pengadil perlawanan diterima dengan sebaiknya.

"Gol tersebut dibatalkan (setelah semakan video bantuan pengadil) kerana didapati berlaku kekasaran terhadap penjaga gol, jadi kita terima sahaja keputusan itu," tegasnya.
 
Back
Top
Log in Register