BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS JDT 4 - 1 Kelantan TRW FC : Akmal Rizal bangga komitmen, prestasi The Real Warriors

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Liga Super: JDT raih tiga mata berharga​

3378037.webp

Pemain JDT, Afiq Fazail dan pemain KRW FC, Azam Azih (kanan), berebut bola pada perlawanan berkenaan. Foto Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT), meraih tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri apabila menewaskan Kelantan The Real Warriors FC, 4-1, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Sabtu.

Bermula garang sebaik wisel dibunyikan, JDT terus memberikan tekanan tinggi kepada lawan dengan mengatur asakan-asakan berbahaya ke gawang pelawat.

Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan.

Stadium Sultan Ibrahim akhirnya bergema pada minit ke-21 apabila Jairo Da Silva menanduk masuk gol sulung JDT.

Bagai mendapat semangat baharu, kesebelasan Harimau Selatan dilihat semakin bersemangat mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.

Minit ke-42, giliran penyerang Teto Martin mencatatkan namanya sebagai antara penjaring gol pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua menyaksikan JDT semakin menggandakan asakan bagi melebarkan defisit jaringan.

Hasilnya, Oscar Arribas meledak jaringan pada minit ke-52 sebelum Nazmi Faiz Mansor menjaringkan gol keempat pasukan pada minit ke-56.

Dalamkeadaa n kelam kabut, pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi jaringan kapten Nor Azam Azih pada minit ke-73.

Penghujung perlawanan menyaksikan pelawat banyak mengatur asakan ke pintu JDT dalam usaha merapatkan jurang gol.

Bagaimanapun, benteng skuad Harinau Selatan itu dilihat terus kental bertahan hingga ke wisel penamat.
 

Akmal Rizal bangga komitmen, prestasi The Real Warriors​

3378365.webp

Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva (dua dari kanan) diasak pemain Kelantan The Real Warriors FC, Alexandre Primael Yeoule (dua dari kiri) pada saingan Liga Super Malaysia 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi - Foto: Bernama

PENOLONG Ketua Jurulatih Kelantan The Real Warriors FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli tetap berbangga terhadap komitmen dan prestasi skuad kendaliannya biarpun tewas 1-4 pada aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Menurut Akmal Rizal, kesemua pemain telah melaksanakan perancangan taktikal yang dirangka dengan baik selain kekal fokus sepanjang perlawanan.

“Walaupun dibolosi empat gol, namun kesemua pemain masih mampu mencipta dua peluang jaringan dan malah berjaya menjaringkan satu gol.

“Diharapkan ia akan membantu menyemarakkan semangat pasukan bagi mengharungi perlawanan-perlawanan seterusnya nanti,” katanya.

Akmal Rizal berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan skuad kendaliannya tewas 1-4.

Tambahnya, semangat juang tinggi yang ditunjukkan pemain juga dilihat bakal menjadi pembelajaran penting bagi mengharungi baki saingan musim ini.

“Secara keseluruhannya, tahap kecergasan pemain berada pada tahap membanggakan apabila mereka mampu mengekalkan intensiti permainan sepanjang tempoh 90 minit termasuk tambahan masa selama lima minit.

“Ini menunjukkan pemain tidak gentar berdepan pasukan lebih kuat seperti JDT dan ia sesuatu yang positif,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemungkinan penambahan pemain baharu pada jendela perpindahan kedua, Akmal Rizal berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan bersama pihak pengurusan.

Jelas beliau, skuad kendaliannya sememangnya memerlukan ‘tenaga tambahan’, terutamanya di bahagian serangan dalam usaha meningkatkan ketajaman jentera serangan pasukan.

“Ketika ini kita menaruh kepercayaan tinggi terhadap gandingan Habib Haroon dan Nor Azam Azih bagi mengemudi jentera tengah pasukan, dan diharapkan dengan kemasukan pemain-pemain baharu nanti akan membantu memperkuatkan lagi pasukan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register