BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Jaringan Ferran Torres gamatkan Restoran Hakim

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,904
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,904
Reaction score
99
Points
80

Jaringan Ferran Torres gamatkan Restoran Hakim​

3588075.webp

Pengunjung dilihat bangun daripada tempat duduk sambil bersorak, bertepuk tangan dan mengibarkan mafla pasukan pilihan masing-masing. FOTO MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI

SHAH ALAM - Jaringan pembukaan Ferran Torres pada masa tambahan menggamatkan suasana program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini pada Isnin.

Gol sulung Sepanyol dalam aksi final Piala Dunia FIFA 2026 menentang Argentina itu menyuntik semangat baharu kepada penyokong yang memenuhi ruang restoran ini.

Pengunjung dilihat bangun daripada tempat duduk sambil bersorak, bertepuk tangan dan mengibarkan mafla pasukan pilihan masing-masing.

Sorakan memuncak sebaik sahaja pemain berusia 26 tahun itu meledak jaringan sulung dalam saingan sengit itu.

Aksi itu menghangatkan lagi suasana dengan laungan serta jeritan kegembiraan penyokong di sini.
 
Back
Top
Log in Register