profesor
Active+ Member
- Messages
- 3,446
- Joined
- May 7, 2007
- Messages
- 3,446
- Reaction score
- 265
- Points
- 46
1. FATWA, MUFTI DAN QADI
Fatwa ialah pemberitahuan sesuatu hukum syarak kepada orang yang bertanya tanpa mewajibkan orang itu mengikut fatwa yang telah dikeluarkan.
Mufti pula orang yang memberitahu sesuatu hukum kepada orang lain. Mufti tidak berhak memaksa orang yang mendengar itu mengikut fatwa yang telah diberikan.
Qadi ialah orang yang memberitahu sesuatu hukum syarak terhadap sesuatu perkara dengan mewajibkan pihak yang terlibat itu mengikut keputusannya. Lebih tepat jika ia disamakan dengan hakim. Bezanya, hakim pada zaman salafussoleh dahulu amat berkuasa berbanding hakim yang ada pada hari ini. Ini Berbeza dengan kadi di Malaysia yang tugasnya hanya tertumpu kepada masalah nikah kahwin.
2. IJTIHAD
Dari segi bahasa bermaksud berusaha bersungguh-sungguh. Dari segi istilah syarak pula bermaksud berusaha sedaya upaya menghasilkan hukum syarak daripada sumber aslinya, iaitu al-Quran dan Sunnah. Tidak semua orang boleh berijtihad. Hanya para ulama yang memiliki ciri-ciri tertentu sahaja yang boleh melakukannya. Antara ulama mujtahid yang terkenal ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.
3. IJMAK
Ijmak menurut ulama usul ialah Ittifaq (persetujuan) seluruh mujtahidin (tokoh-tokoh ijtihad) dari umat Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda s.a.w, pada sesuatu zaman, terhadap sesuatu hukum syarak.
Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah seluruh para ulama mujtahid (tokoh-tokoh ijtihad) pada sesuatu zaman, bersepakat dalam menentukan hukum bagi sesuatu masalah. Tidak terkecuali seorang pun. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang, maka tidak dianggap ijmak.
4. ITTIBA'
Dari Segi Bahasa
Ittiba' menurut bahasa Arab bermaksud mengikut.
Dari Segi Istilah
Mengambil pendapat atau mengikut perbuatan seseorang dengan mengetahui dalil atau hujahnya.
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
“Janganlah bertaqlid kepadaku, Malik, al-Thawri, mahupun al-Awza;i tetapi ambillah daripada sumber yang mereka ambil (dalil).”
5. JUMUD
Jumud berasal daripada perkataan jamad, bermaksud benda keras yang tidak bernyawa. Dari segi istilahnya, ia boleh diertikan dengan berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah atau sebagainya. Kalau dalam Islam, ia dikaitkan dengan satu bentuk pemikiran yang tidak terbuka menerima sesuatu berubahan yang diizinkan syarak.
6. TALFIQ
Talfiq dalam bahasa Arab bermaksud mencantumkan. Contohnya, mencantumkan dua bahagian kain untuk dijadikan pakaian.
Talfiq juga membawa erti sepakat dalam sesuatu urusan. Contohnya talaafaqa al-Qawm bermaksud, telah sepakat kaum itu dalam urusan mereka. ahadith mulaffaqah bermaksud cerita yang telah ditokok tambah sehingga menjadi indah. Dengan kata lain, Talfiq bererti mengumpulkan dua atau banyak menjadi satu.
Dari Segi Istilah
Talfiq bererti menggabungkan dua mazhab atau lebih dalam satu-satu masalah. Contohnya, orang yang berwuduk membasuh sedikit kepalanya berdasarkan Mazhab Syafie. Kemudian, menyapu sahaja kakinya, tanpa membasuhnya mengikut sesetengah ulama. Kemudian menyentuh perempuan ajnabi tetapi wuduknya tidak batal dengan mengambil Mazhab Abu Hanifah.
7. TAQLID
Dari Segi Bahasa
Menurut Bahasa Arab, Taqlid bermaksud mengikat sesuatu barang. Antaranya, al-Taqlid fi al-Din yang bermaksud, Taqlid dalam beragama. Dengan kata lain, mengikat diri dengan agama itu.
Dari Segi Istilah
Menerima pakai sesuatu pendapat atau pandangan tanpa hujah dan dalil.
Sumber: alaf21