Hubungan Sulit Ahli Parlimen Dengan Isteri Pegawai Kerajaan Terbongkar |
Bekas ahli Parlimen dari Melaka yang bergelar Datuk telah didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang pegawai kanan sebuah agensi penguatkuasa di negara ini.
Hubungan terlarang itu telah dikatakan bermula sejak lebih setahun lalu dan berlanjutan sehingga wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan pegawai kanan terbabit pada November 2013.
Wanita berusia 44 tahun itu yang turut terlibat dalam politik dikatakan telah diikat Datuk berkenaan dengan pelbagai kemewahan seperti duit mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan dan turut dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz.
Perbuatan curang wanita itu yang juga seorang pemilik sebuah syarikat pembekal berjaya dihidu suaminya selepas hampir sebulan mereka membina bahtera perkahwinan.
Isteri pegawai berkenaan kerap menyimpan telefon bimbit dan tidak membenarkan suaminya menyentuh, melihat sebarang mesej atau menjawab panggilan.
“Tindak-tanduk wanita itu semakin hari semakin mencurigakan dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
Apabila ditanya, dia akan beri pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti bimbang maklumat atau rahsia sulit berkaitan politik terdedah.
“Isterinya kerap outstation ke Melaka yang kononnya ada mesyuarat atau urusan politik. Sepanjang berada di sana, wanita itu langsung tidak menjawab panggilan,” katanya.
Perbuatan wanita itu terbongkar selepas suaminya ternampak mesej melalui aplikasi WhatsApp antara isterinya dan Datuk terbabit bertarikh 27 Januari yang lepas ketika sedang membeli belah di pusat beli-belah Ampang.