BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islamikkah perbankkan islamik?

panjangnyaaa.:D:D

cuba bro fahami konsep yang imam shafie katakan kat bawah ni betul2 dan bandingkan realiti konsep perbankan islam sedia ada yang den post kat bawah.

Keharusan jual beli ini telah lama disebut, khususnya oleh Imam As-Syafie :-

إذا أَرى الرجلُ الرجلَ سلعة، فقال: اشتر هذه وأربحك فيها كذا، فاشتراها الرجل، فالشراء جائز, والذي قال أربحك فيها بالخيار , إن شاء أحدث فيها بيعا وإن شاء تركه



Ertinya : Apabila seorang lelaki menunjukkan kepada seorang yang lain satu barang lalu berkata : Engkau belilah ia, dan aku akan beli dari kamu dengan tambahan beberapa jumlah untung buatmu, maka lelaki (pertama) itu membelinya, jual beli ini adalah harus, manakala lelaki yang berkata akau akan membeli darimu dengan untung( yang berjanji), adalah terbuka kepada pilihan, sama ada untuk membelinya atau menolaknya . (Al-Umm, Muhammad bin Idris As-Syafie, 3/33)

mantap ke bro?:D

uzar rasanya salah pemahaman ni. apa yang ust. imran cakap tu contoh je. salah satu produk kononya islamic bank. maksudnya lebih kepada fractional reserve system secara menyeluruh. tujuan sebenarnya adalah penggunaan emas sebagai matawang. bila guna emas ni, fractional xlehlah berfungsi macam sekarang. uzar bukannya xpaham, mungkin saja buat2 xpaham. :D:D:D

senarionya,

sykt cekik darah developer sdn. bhd. pemaju taman rumah mahal boulevard. antara projek rumah flat 3bilik, 1bilik air, 1bilik tandas duduk dgn harga RM60,000.

si A bernama rakyat marhain bin kena kencing buta ingin beli rumah tu. duit yang ada hanya RM10,000. dia datang dgn isteri dan anak 7orang, berusia dari 5 hingga 12 tahun, dengan harapan ingin kediaman yang lebih selesa setelah tinggal dirumah setinggan yang disewa dgn harga RM200.

lepas tgk je contoh rumah (kalau ada), dia bersetuju. dia pun bayar ke pemaju duit booking, RM500. dalam masa 3bulan, dia kena bayar balance deposit 10% dan sign SNP. jadi, dia kena bayar balance RM5,500. dia pun tersenyum riang, sebab duitnya ada. ada balance lagi untuk beli tambahan perabot.

pergilah dia mencari bank untuk buat pinjaman rumah. dalam kepala dia, untuk lebih afdal donia dan akhirat, dia nak cari bank islam (atau kononnya islam). jumpalah dia bank tersebut. bank ahlong kononnya islamic berhad. masuklah dia jumpa pegawai bank, sambil bawa resit booking rumah dan slip gaji yang cantek. nama xde masalah untuk buat loan bank. bank officer cakap, alhamdulillahhhhhh. en datang tempat yang betul. hari tu juga keluar letter offer. hehehehe. tapi, en. kena bayar balance deposit dan sign SNP dulu, sebelum pinjaman diluluskan. no problem katanya. pergilah dia jumpa pemaju, untuk segerakan sign SNP. pemaju cakap, boleh je. bawa duit sekali. SNP dah standard, tukar nama je. ehehehehe. dipendekkan cerita, bank tersebut luluskanlah pinjaman BBA, dgn segala istilah arab dan inggeris yang satu haram pembeli ni tak paham kecuali perkataan loan. dalam hati kecil, peduli hapa aku. islamic bank ni. xkan nak menindas.

setelah 3tahun, rumah yang ditunggu hanya nampak cerucuk sahaja. terbengkalai. bank dah keluarkan 40% jumlah yang dipinjam. tanpa berlengah masa, bank keluarkan surat untuk minta pembayaran dari pembeli. pembeli cakap, nak bayar apa? rumah xde. bank bagitahu, aku peduli apa, kau dah pinjam, duit dah keluar, lepas 3 tahun, kau bayarlah instalment, jumlah pokok tambah jumlah keuntungan (ayat kapitalis, principal plus interest). ini tidak adil, kata pembeli. instalment aku nak bayar, rumah aku kena sewa. kata bank pulak, ohh maaf. kami bukan pusat zakat atau badan kebajikan. kami adalah PENIAGA. adil bukanlah manifesto kami. dalam agreement xde sebut pasal adil tentang ni. ekekeke. terkebil kebillah pembeli rumah tu. nak baca balik agreement loan dgn SNP, xpaham. siannnnn pembeli.#:-S

ini salah satu senariolah. banyak senario sebenarnya, tapi malas nak tapi panjang2.

antara isu utamanya adalah, siapa pembeli dalam senario ni? En.Rakyat marhain bin kena kencing buta, atau bank ahlong kononnya islamic berhad. kalau ikut kata UZAR, bank yang beli. jadiiiiiiiii

1)kenapa SNP bukan bank yang sign?
2)kenapa deposit individu yang bayar?
3)kenapa projek terbengkalai, individu yang kena tanggung, sedangkan pembeli rumah dari pemaju ialah bank?

dalam artikel yang bro post ni, ada maksud janji dibawah. cuba bro buat perbezaan antara janji dan deposit.

lepas tu, cuba bro fahami konsep bai-inah, penolakan amalan bai-inah, dan bai-inah yang camne yang diharuskan oleh imam syafie.
 
ikut pendapat masing-masing la. tapi bagi kawan, tiada islamik dalam perbankan. hanya istilah diislamikkan. kalo betul bank islam nak pakai muamalat islam, bank beli rumah rm200000 jual 300000. tapi bank ada beran nak muamalat camtu? setiap keuntungan melalui pinjaman adalah riba. saudara belajar sejarah wang kertas, ulamak-ulamak azhar yang berpegang pada ajaran islam, dibuang diganti dengan ustaz yang mengislamkan urusan dari yahudi. belajar sejarah bro.
 
Last edited:
ikut pendapat masing-masing la. tapi bagi kawan, tiada islamik dalam perbankan. hanya istilah diislamikkan. kalo betul bank islam nak pakai muamalat islam, bank beli rumah rm200000 jual 300000. tapi bank ada beran nak muamalat camtu? setiap keuntungan melalui pinjaman adalah riba. saudara belajar sejarah wang kertas, ulamak-ulamak azhar yang berpegang pada ajaran islam, dibuang diganti dengan ustaz yang mengislamkan urusan dari yahudi. belajar sejarah bro.

so kalu tak yakin, dan anggap keuntungan yg bank ambik itu sebagai riba takyah la pinjam, kumpul duit sendiri beli setakat mampu, hidup bersederhana..:):)
 
ada seorang ustaz yang aku dengar kat dalam youtube kate, bank islam ibarat "Back Door Riba"...tak tau lah aku. Ape pilihan kite sebenarnya?

takde pilihan.sama ada cash atau riba
 
Back
Top
Log in Register