sepatsiam
Active+ Member
- Messages
- 3,848
- Joined
- Feb 28, 2011
- Messages
- 3,848
- Reaction score
- 58
- Points
- 30
Aku dapat artikel ini masa pegi solat Jumaat tadi. Artikel ini panjang tapi aku ambil sebahagian dimana aku rasa ramai orang Melayu Islam sendiri tak tau pasal ni.
Artikel ini dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia.
Banyak pihak (termasuk kerajaan) sering menyebut bahawa berdasarkan Perkara 3(1), Islam adalah agama rasmi negara, padahal perkataan "rasmi" tidak wujud di dalam Perkara 3(1) tersebut. Perkara 3(1) berbunyi, "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Justeru, penggunaan istilah Islam sebagai 'agama rasmi' negara yang sering disebut-sebut hanya boleh dikatakan wujud berdasarkan 'convention' (persetujuan bersama) sahaja, tetapi bukannya wujud di dalam Perlembagaan itu sendiri. Namun, itu bukan menjadi persoalan di sini, kerana jika Perlembagaan dipinda dan dimasukkan perkataan 'rasmi' di situ sekalipun, yang menjadi persoalan adalah, apakah dan sejauh manakah maksud perkataan 'Islam' yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan ciptaan penjajah itu?
Perkara 3(1) sebenarnya telah diberi terjemahan dan tafsiran yang konklusif dan secara kehakiman yang mengikat (binding) menerusi keputusan mahkamah agung di dalam kes Che Omar Che Soh v Public Prosecutor [1988]2 MLJ 55. Keputusan yang dibuat adalah secara sebulat suara oleh lima orang hakim yang bersidang yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara sendiri (ketika itu) iaitu Tun Salleh Abbas LP, Wan Suleiman SCJ, George Seah SCJ, Hasyim Yeop Sani SCJ dan Syed Agil Barakbah SCJ. Secara ringkasnya di dalam mandatori atas kesalahan mengedar dadah. Tertuduh berhujah bahawa, memandangkan Islam adalah agama bagi Persekutuan undang-undang tertinggi negara sebagaimana diperuntukkan di dalam Perkara 4(1), jadi penggunaan hukuman mati terhadap kesalahan tersebut, yang bukan merupakan hukuman hudud atau qisas di bawah undang-undang Islam dan ini adalah tidak mematuhi Perlembagaan dan terbatal. Keputusan Mahkamah Agung, yang dibaca oleh Tun Salleh Abbas, adalah seperti berikut:-
"Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan di sini adlah maksud yang harus diberikan terhadap perkataan 'Islam' atau 'Agama Islam' di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan. Jika perkataan 'agama Islam' di dalam konteks itu bermaksud perbuatan yang berkaitan dengan ritual dan majlis, maka hujah yang dibawa tidak akan mengandungi apa-apa asas. Namun, jika perkataan 'agama Islam' atau 'Islam' itu bermaksud kesemua konsep yang dianuti sebagaiaman yang biasa difahami, yang mengandungi bukan sahaja aspek ritual tetapi keseluruhan sistem hidup yang komprehensif, termasuk fiqh dan akhlak, maka penggulungan hujah di sini akan mempunyai implikasi yang besar di mana setiap hujah mesti diuji berdasarkan kayu ukur ini".
Salleh Abbas meneruskan lagi, "Persoalan di sini adalah, adakah maksud ini yang diniatkan oleh penggubal rangka Perlembagaan? Untuk tujuan ini, adalah perlu untuk melihat kembali sejarah Islam di negara ini selepas penjajahan/campurtangan British ke atas hal-ehwal Negeri-negeri Melayu di akhir abad yang lepas." Selepas menceritakan bagaimana British memisahkan Islam dari pemerintahan negara dan menjadikan negara ini sekular, Salleh Abbas kemudian menyambung penghakimannya, "Oleh itu, dapat disaksikan bahawa semasa era penjajahan British, melalui sistem pemerintahannya secara tak langsung dan melalui penubuhan sebuah institusi sekular, undang-undang Islam telah dipisahkan dan disempitkan kepada undang-undang perkahwinan, penceraian dan harta pusaka sahaja...Dalam pandangan kami, dalam suasana kontra inilah (it is in this sense of dichotomy), para penggubal rangka Perlembagaan memahami maksud 'Islam' di dalam konteks Perkara 3(1). Jika tidak demikian, sudah tentu ada peruntukan lain dalam Perlembagaan yang membawa kesan bahawa mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan hukum Islam akanterbatal. Jauh dari membuat peruntukan begini, Perkara 162 malah dengan sengaja menjaga kelangsungan undang-undaang sekular yang wujud sebelum Perlembagaan lagi, dimana undang-undang Islam akan terbatal jika bertentangan dengan undang-undang sekular."
Keputusan sebulat suara Salleh Abbas dan lain hakim-hakim di dalam kes ini dianggap oleh ramai pengamal undang-undang dan banyak pihak lagi, sebagai keputusan terbaik yang pernah dikeluarkan. Setakat ini keputusan ini tidak pernah dilakukan semakan kehakiman (judicial review) dan ia kekal sebagai keputusan yang terpateri menjadi undang-undang negara Malaysia sekular ini. Begitulah betapa jelasnya maksud 'Islam' di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang langsung tidak mencerminkan tafsiran Islam yang sebenar, tidak menjaga Islam, aptah lagi untuk meninggikan Islam, kecuali hanya sekadar meletakkan Islam sebagai agama untuk membaca doa di majlis-majlis!! Justeru, wajarkah perjuangan sesetengah pihak untuk mempertahankan Perkara 3(1) yang dicipta si kafir Lord Reid ini? Sedarlah wahai kaum muslimin dan janganlah tertipu dalam hal ini.
Artikel ini dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia.
