BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IJTIMA'e

abuyah

Active+ Member
Messages
2,697
Joined
Dec 28, 2009
Messages
2,697
Reaction score
202
Points
33
Apa itu IJTIMA’e ? IJTIMA’e bukanlah mengumpulkan orang untuk mendengar ceramah semata-mata. IJTIMA’e adalah mengumpulkan amal-amal yang dibuat sebelum, semasa dan selepas IJTIMA’e dijalankan.

Seorang pesawah berusaha bersungguh-sungguh sebelum, semasa dan selepas menanam padi utk mendapatkan hasil yang banyak. Usaha sebelum menanam padi adalah menggemburkan tanah dan menyediakan saliran air. Usaha semasa menanam padi adalah memilih benih yg baik dan menanam padi dengan cara yang betul. Usaha selepas menanam padi adalah membaja dan mengawal tanaman daripada serangan makhluk perosak. Maka akhirnya, pesawah tadi akan mendapat hasil yang banyak. Jika pesawah tadi cuai dalam mana-mana usaha (sebelum, semasa, selepas) akibatnya hasilnya tidak banyak.

IJTIMA’e bukanlah untuk orang-orang dakwah, tabligh dan masjid tetapi IJTIMA’e adalah utk semua orang Islam. IJTIMA’e dibuat supaya yakin, pengharapan dan pergantungan semua orang Islam hanya pada Allah SWT. IJTIMA’e dibuat supaya maksud hidup semua orang Islam sama dengan maksud Allah SWT menghantar Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul di dunia ini. IJTIMA’e dibuat supaya semua orang Islam rasa bertanggungjawab atas kalimah-kalimah Allah SWT.

Nak mudah faham makna IJTIMA'e ? Lihat video ini ini...

Intipatinya terletak dalam komen pada minit 3:28

http://www.youtube.com/watch?v=3SI5NdNEosE
 
sesuatu yang harus kita pupuk bersama..
 
Back
Top
Log in Register