BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ihsan Terhadap Binatang

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
IMG_20220622_154734_099.jpg

IHSAN TERHADAP BINATANG

Perbuatan menzalimi haiwan adalah berdosa kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang perlu dilindungi dan disayangi. Islam menuntut umatnya berbuat ihsan kepada semua makhluk termasuklah binatang.

Sekiranya berlaku perselisihan faham yang melibatkan haiwan peliharaan orang lain, selesaikanlah dengan cara yang baik. Manakala jika tidak selesa dengan gangguan haiwan liar, boleh laporkan kepada pihak berkuasa.
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berbuat Ihsan Kepada Makhluk

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Daripada Syadad bin Aus, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada segala sesuatu, jika kalian membunuh maka bunuhlah secara baik, dan jika kalian menyembelih maka sembelihlah dengan cara yang paling baik, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya serta tidak menyiksa kepada sembelihannya." (HR Muslim No: 1955)

Pengajaran:

1. Syariat Islam menuntut perbuatan ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) kepada setiap makhluk termasuk haiwan.

2. Tidak boleh menyiksa atau merusakkan tubuh badan sebagai sasaran dan tujuan, tidak juga boleh merobek-robek orang yang dihukum qishash.

3. Jangan kerana kita berbeza pandangan atau kumpulan, hilang sifat ihsan kita terhadap orang lain.

4. Termasuk ihsan juga berbuat baik terhadap haiwan ternak dan belas kasih terhadapnya. Tidak boleh membebaninya diluar kemampuannya serta tidak menyiksa ketika menyembelihnya.

5. Kewajiban berbuat baik dalam membunuh dengan cara mengambil jalan yang paing ringan dalam menghilangkan nyawa.

6. Marilah kita berbuat ihsan dengan melakukan sesuatu urusan dengan menyempurnakan sebaik mungkin, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga atau menzaliminya.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

04hb September 2023
18hb Safar 1445H
 
Back
Top
Log in Register