afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Henti bincang agih kerusi PRN Melaka di media sosial, kata Ab Rauf
Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata rundingan mengenai kerjasama politik dan pembahagian kerusi yang dibuat di media sosial akan membentuk satu persepsi yang kurang sihat.
Beliau yang juga ketua menteri berkata setakat ini juga tiada rundingan secara rasmi mengenai kerjasama itu dan tiada pemimpin PAS atau PN datang berunding dengan beliau atau Pengerusi BN, Zahid Hamidi.
“Kita tidak ada perundingan secara rasmi lagi. Belum lagi. Tapi saya harap kita hentikan seketika perundingan politik melalui media sosial. Kita berunding dalam meja perundingan yang lebih bijaksana.
“Kita buka perundingan dengan baik. Bukan kita berunding melalui media sosial kerana akan membentuk satu persepsi yang kurang sihat,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Katanya, BN Melaka tidak memberikan kata putus berhubung pembahagian kerusi, sebaliknya akan menilai dan mengkaji sebelum memberikan pandangan sekiranya ia memberikan pulangan yang baik kepada kedua-dua parti politik.
Menurutnya, dinamika politik di Melaka tidak boleh diukur berdasarkan keputusan Parlimen kerana BN telah berusaha meyakinkan rakyat serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.
“Pastinya senario itu tidak boleh diukur untuk menjadi ukuran pengagihan kerusi yang akan berlaku dalam PRN Melaka,” katanya.
BN tidak memegang mana-mana kerusi Parlimen di Melaka namun memenangi 21 kerusi DUN pada PRN sebelum ini, manakala PN hanya memenangi dua kerusi melalui PAS.
Zahid sebelum ini pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan kesemua 21 kerusi DUN Melaka yang dimenanginya pada PRN 2021.
Beliau berkata, pertukaran kerusi melibatkan negeri-negeri lain yang dikuasai parti masing-masing juga boleh dirundingkan, asalkan pertukaran itu dilaksanakan secara seimbang.
Jumaat lalu, Presiden PAS Hadi Awang berkata, PN yang diterajui PAS telah memulakan perbincangan awal dengan BN berhubung kerusi yang akan ditandingi pada PRN Melaka kelak.