BeritaHarian
Junior Member
- Messages
- 79
- Joined
- Apr 27, 2008
- Messages
- 79
- Reaction score
- 2
- Points
- 11
leh Nor Azura Abdul Jalil
[email protected]
KUALA LUMPUR: Harga beras naik lagi! Bulan ini saja barang kawalan itu mengalami kenaikan harga sebanyak dua kali berikutan kenaikan harga makanan dunia.
Kali ini harga beras kampit 10 kilogram keluaran tempatan naik antara RM4 hingga RM6 menyebabkan peniaga dan pembeli gusar dengan keadaan itu.
Berdasarkan tinjauan Harian Metro di beberapa pasar utama di sekitar ibu kota, peniaga dan pemborong menjual beras peket keluaran tempatan 15 peratus hancur dengan harga baru bermula minggu lalu.
Seorang pemborong beras di Pasar Datuk Keramat, Aerul Arpa, 28, berkata antara beras keluaran tempatan yang mengalami kenaikan ialah beras jenama Jasmin yang dijual RM25.90 bagi 10 kilogram berbanding RM20.90 sebelum ini.
Selain itu, beras Cap Masjid dijual dengan harga RM28.90, RM6 lebih mahal daripada harga yang dijual sebelum ini.
“Banyak pelanggan terkejut dengan harga baru kerana beras baru saja naik harga minggu lalu, tiba-tiba minggu ini harga naik sekali lagi.
“Pelanggan tetap yang kebanyakannya peniaga kedai makan merungut sebab kenaikan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga makanan terutama yang berasaskan beras,” katanya.
Sementara itu, orang ramai selaku pengguna, tidak puas hati dengan kenaikan harga barangan itu tetapi terpaksa membelinya memandangkan ia makanan ruji rakyat negara ini.
Rahman Hashim, 40, berkata kenaikan harga yang ketara ketika membeli barang keperluan di pasar raya membuatkan dia terasa beban dengan keadaan itu.
“Harga beras yang naik mendadak memang menyusahkan orang ramai sedangkan saya rasa baru beberapa minggu lalu harga beras naik.
“Harap pihak bertanggungjawab ambil tindakan lanjut untuk menangani masalah ini demi untuk kesejahteraan pengguna,” katanya.