afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Gubal undang-undang dana kawasan sama rata, Projek SAMA gesa P Pinang, Selangor
Projek SAMA berkata, sistem sedia ada membolehkan peruntukan CDF disalur atau disekat bergantung kepada sokongan politik, justeru dedah dana awam kepada risiko dijadikan alat untuk tekan wakil rakyat.
Projek SAMA berkata, kedua-dua negeri itu mempunyai majoriti yang selesa dan tidak berdepan kekangan gabungan yang boleh merumitkan usaha reformasi pada peringkat persekutuan.
“Justeru, tiada sebab undang-undang CDF yang saksama tidak boleh diluluskan di Pulau Pinang dan Selangor,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Projek SAMA, langkah itu akan membuktikan bahawa PH bersedia melaksanakan di negeri-negeri yang ditadbirnya reformasi sama yang sedang diperjuangkannya pada peringkat persekutuan.
“Ini sudah pasti akan memperkukuh kewibawaan moral PH untuk menuntut standard yang sama daripada Putrajaya serta semua kerajaan negeri lain di Malaysia,” katanya.
Kumpulan itu turut menyokong gesaan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo agar kerajaan menunaikan janji pilihan raya PH pada 2022 untuk menyediakan peruntukan CDF yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen.
Katanya, sistem sedia ada membolehkan peruntukan CDF disalurkan atau disekat bergantung kepada sokongan politik, sekali gus mendedahkan dana awam kepada risiko dijadikan alat untuk menekan wakil rakyat yang dipilih.
Menurut Projek SAMA, pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen wajar dialu-alukan, namun ia masih tidak menangani isu teras berkaitan budi bicara eksekutif.
Kumpulan itu turut memberi amaran bahawa sebarang kelewatan berterusan dalam menggubal undang-undang peruntukan CDF yang sama rata akan menghakis kredibiliti komitmen reformasi PH yang lain menjelang PRU16.